Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, May 28, 2010

Coconut Cupcake Story


salam,

Cerita ni berlaku semasa Summer 2010,2-3 hari sebelum summer class start. memang dah lama teringin nak buat cupcake sendiri (from scratch, bukan beli yg ready-made-flour)

sbb nk bagi nampak sy buat cupcake ni ada sebab,sy buat satu party kecik2, only girls are invited n sy bagi nama party ni "Summer Celebration".
rupanya summer tak berpanjangan.... tornado tiba2 datang ke Tulsa.jd party kami tak lama.hihiih

apa2 pun,kat sini sy nk share la resepi tu.sy amik resepi ni dari website Martha Stewart.
cupcake ni sedap...yum2x.tak berapa manis sgt mcm cupcakes/cakes US lain.sedang2 gitu. =)

tuk 21 cupcakes

bahan2:
1 3/4 cawan tepung serba guna [all-purpose flour] (tepung biasa la,bukan tepung kek)
2 sk baking powder
1/2 sk garam halus
1/2 cawan kelapa parut yg manis (sweetened shredded coconut)
6 oz (1 1/2 sticks) unsalted butter, lembutkan
1 1/3 cawan gula halus
2 biji telur saiz besar + telur putih daripada 2 biji telur bersaiz besar
3/4 cawan santan (unsweetened coconut milk) -sy guna yg dalam tin
1 1/2 sk vanilla extract

Frosting:
sy tak buat frosting dia.sy beli cream cheese frosting je.klu nk tahu lebih lanjut,sila pergi ke website martha stewart. =)

Cara2:
1.Panaskn oven 180 degree Celsius.Sediakan standard muffin tin dan letak paper cup dalam setiap acuan.
2.Campurkan semua bahan2 kering (bahan2 yg di highlight merah) di dalam mangkuk besar.
3.Pukul butter dan gula di dalam mixer sehingga ringan dan kembang.Tambah telur,satu demi satu.
4.Kurangkan kelajuan mixer kepada yg rendah.Masukkan bahan2 kering sedikit demi sedikit,dan selang selikan dengan bahan2 basah (bahan2 yg di highlight biru) sehingga habis dan pastikan diakhiri dengan bahan kering.
5.Masukkan adunan ke dalam setiap acuan, 2/3 penuh.
6.Bakar selama 20 minit ataupun sehingga kek masak.Sejukkan cupcakes di atas wire rack.
7.Apabila sudah sejuk,bolehlah frostingkn cupcake2 yg cute tu.
8.Cupcakes ni boleh disimpan selama 3 hari.

note: sk=sudu kecil
pic:saya punya acuan kecil je.sy dapat dlm 72 cupcakes.

Selamat Mencuba =)

Monday, October 26, 2009

sandwich sedap

easy, healthy, emmm... emmm... sandwich.

slalu,time nak ada exam,tgh2 study musti rasa lapar.
biasenya saya akan cari makanan yg mudah dan mengenyangkan.
slalu saya buat sandwich letak tuna ngan american cheese.
tapi kali ni,saya try letak2 bende lain....turn out--> sgt sedap.....hehehe

bahan2: (1 hidangan)

1. 2 keping roti sandwich
2. tuna or sardin (sy guna tuna in water,then cook it with yellow onion (bwg besar),garlic and jalapeƱo sbb x de cili,klu x nk pedas,x yah letak cili)
3. swiss cheese (boleh guna american cheese,tp swiss cheese lg sihat dari american cheese-->its ur choice)
4. sayuran (tomato,timun,lettuce-->boleh tambah sayur lain klu nak)
5. sandwich maker

cara2:

1. panaskan sandwich maker (lampu akan menyala-->bergantung pada brand)
2. sambil tu,letak tuna @ sardin atas roti
3. letak sayur2
4. letak cheese atas sayur dan akhir sekali letak roti yg satu lg kat atas cheese tu...hihihi sorry tak pandai nk explain cam dlm buku2 resepi
5. apabila sandwich maker tu dah panas (lampu padam),letakkan roti tadi ke dalam sandwich maker dan tutup
6. apabila lampu kembali menyala,maknanya sandwich sudah siap...atau bergantung pada selera sendiri,yg saya buat,very light toasted,klu nk lebih lama pun bleh,tp jgn sampai hangit sudah~
7. sedia untuk dimakan. sedap klu makan panas2.



selamat mencuba~