Monday, October 28, 2013

Peanut butter & Sweet n Sour Candy

Jika semalam aku dapat RM1, hari ni pulak bilik aku diceroboh masuk sang monyet.
Selalulnya mengikut firasat aku, klu dh pukul 6 petang ke atas, kira dah nk masuk waktu malam, si ekor panjang ni tak akan datang dah la walaupun hari baru lepas hujan.
Aku sentiasa beringat untuk tutup tinggap setiap kali aku keluar bilik.
Kali ni aku beringat jugak.Semalam kan aku basuh baju.Ak gantung baju2 dalam bilik.Aku bukak sikit tingkap yg kecik supaya aku bleh selitkan hanger2 tu kat situ.Sebab selalu beringat, aku tarik tingkap tu betul2 rapat tp x bleh nk lock la sbb ada hanger kan. So, klu tgk dari luar pun,mmg tak nampak la tingkap ni tak kunci.
Entah macam mana, si monyet kat universiti ni bijak2 kot.Boleh dia tahu yang tinggap ni je yang tak terkunci. Aku plak time tu pergi makan kat Cafe. Tak de org kat bilik.Room mate pulak ada kelas.
Waktu aku jalan ke cafe,x de pulak kelibat mereka2 ni.Dan memang laluan aku ke cafe itu sama la jugak laluan mereka2 ni ke kolej aku (kebiasaannya)
Dalam pukul 6.50pm, aku berjalan balik ke kolej. Aku selalu tgk ke arah bilik aku setiap kali balik dari cafe (saja nk tgk,hehehe). Tiba2 rasa hairan menerjah, macam mana tinggap kecik tu boleh terbuka luas? Tidak terfikir langsung pasal monyet sbb firasat aku kata lain kan....
Sampai bilik,bukak pintu.Ya Allah,bertaburan sampah. peanut butter aku terbukak, tudungnya kat lantai, roti di gigit sedikit, gula2 dimakan,yang gula2 sweet & sour perisa apple tu habis dimakan. Agak2 macam mana la muka dia bila makan gula2 yg masam tu? hahaha.........
Nasib baik x de benda lain yg hilang.Memang selalunya si monyet ni amik makanan je. Biskut kering aku tak ambik la plaaaaaaaaaaakk!!!! siot je nk makan peanut butter je.
Aku sms la kawan aku yg 1 kolej ngan aku tp blok lain. Ingatkan aku sorang je kene,........sekali dia pun kena jugak.hahaha,kesian.menjerit dia...yang kes kawan aku ni,ada org dalam bilik pun masih menyempat nk curi.Monyet ni dpt curi PEANUT BUTTER (minat bonar ko kt mkn mat salleh ni) & susu kotak (pandai ko eh nok minom tu) LOL

Antara makanan yang di makannya.tudung peanut butter tu pun dh rosak.

Sunday, October 27, 2013

RM 1 & Hari Basuh Baju

Tengah hari 27 Oktober 2013

Hari basuh baju pakai mesin kat Kolej 12, Kolej Datin Seri Endon, UTM JB. Seperti hari hujung minggu lain2, sudah menjadi kebiasaan bagi aku yg malas basuh baju pakai tangan dan yang lebih suka menggunakan segala kemudahan teknologi yang ada, aku basuhlah baju2 ku ngan mesin basuh.

Mesin basuh level 4 kat blok aku ni terima duit kertas je. RM2 untuk satu basuhan. Jadi, seperti biasa, apabila mesin x de org pakai, dh kosong, aku cepat2 masuk baju2 kotor, letak sabun, tutup mesin dan akhir sekali masukkan 2 keping duit RM1 (yg baru) dalam mesin duit tu. Suuuup!!! Suuuup! Dia telan duit aku RM2.

Lebih kurang 35minit kemudian………..

Aku datang 1 minit awal sebelum mesih siap,jadi aku tunggu la depan tu. Siap je basuh, mesin tu keluar bunyi comel menandakan basuhan dah siap. Pada masa yg sama, bunyi mesin duit yg terletak kat dinding atas pada mesin basuh tu. Zeeeedd~~

Piyunggg~ melayang keluar duit RM1 (duit baru) depan aku,terus jatuh ke lantai. Hairan aku??? Aku toleh kiri-kanan,tak de org. Aku HAMBIK la duit tu. hahahaha. Rezeki aku dpt RM1.

Aku tak pasti la klu aku tersalah masukkan 3 keping,tp aku confirm2 sorongkan 2 kali je td. Tak tau la klu2 sekeping lagi tu melekat kt duit yg satu lagi. Aku cuba pastikan sekali lagi,mana la tau,harga nk basuh baju tu dah dikurangkan jd RM1 per basuhan….Tak de ckp apa2.So,mmg confirm masih RM2. Dan mesin duit tu pun mmg akan start basuh billa duit tu cukup RM2 je. Last but not least, baju dlm mesin basuh tu,mmg baju aku…….Apa lagi kemungkinan yang mungkin betul dan aku salah?

Walau apa jua kemungkinannya, kesimpulan yang dapat aku buat ialah, ini REZEKI aku. Alhamdulillah!!!

RM 1