salam,
dah tak de tempat nak luahkan perasaan ni.ada facebook,nanti malu plak org tu sbb semua orang tahu.
nk letak kat status YM pun sama la.nak message org tu personally,diorang pun tgh final skrg ni.
Benci!Benci! tapi masih rasa kasihan.
biarlah saya luahkan kat blog ni je.sbb kat sini,diorang x dapat baca.LOL.
jadi,klu diaorang x baca,x de la diorang rase sakit hati & malu.
(nampak cam saya ni penakut la plak),tp tak pe la....buat masa sekarang ;(
ni masalah umat.bila duk oversea......yer ke?
tak2x.ni masalah umat bila diorang gila kuasa.
nk bukak cerita skrg ni:
kami ni duk jauh dari rumah.budak2 Malaysia tak sampai 20 org.
kami pun buatlah group Malaysian student kat universiti ni.
sbb kami dtg2 universiti ni,senior dah tak de.jadi kene la start balik club baru.saya pun x pasti students malaysia dulu2 ada organization ke tak.wallahua'lam
nak dijadikan cerita,katanya club ni dah diregister kat uni.
tp hari ni (lepas 3 1/2 tahun)"someone" anta message "the proposal for the Malaysian Student Association has already being submitted to the SA and we are waiting for the Senate approval"
boleh tak nak letak tanda soal besar2x..........*nk marah ni*
baru hantar proposal.so selama ni apa?? ahli mesuarat tingkap? . *CIS! CiS! ciS! cis! cIs! CIs!*
bengong tak?!! *sorry sbb guna ayat kasar
nk jadikan cerita ni lagi complicated:
ada la sorang ni,seorang yg dh bengang ngan kepimpinan ni,buat la cadangan nk elect new officers.sbb club ni x pernah2 nk tukar org walaupun dah ada 2 batch baru masuk 2 tahun lalu.....& kami pun dah nak grad...
dibuatnya cadangan nk buat election tuk officers baru.peh!! kene marah plak
mmg la ayat dia tu menyakitkan hati,tapi cadangan tu bagus.entah2 klu tak buat cadangan ni,ada ke diorang ni terfikir nak buat election.
ak tahu mereka2 ni ada buat election,tp buat sendiri2x.tak discuss pun ngan students lain.sapa x marah!!!
alik2x,dah siap semua bende.
diaorang ingat apa? kami suka ke cam tu...kami tak pernah pun involve betul2 dalam club ni.
jangan nak manjakan sangat kami ni.student yg dihantar kat sini semuanya bagus2x.bila diaorang buat cam tu,nampak macam dia je yang bagus la.pandai organize semua bende.
"oppps......terbaca status seseorang."don't mess with me,ever".awak ingat saya nk buat cam tu kat awak klu awak buat kerja awak betul2x!!
come on!!!!!! cermin diri anda tu dulu.
sorry guys.......time has encourage me to take the action.now or never!!!
I don't care what people thinks about me,I care what people says about my country.
We are the one that represent our country.buruk cara kita persembahkan Malaysia kat org luar,buruk la imej negara kita.
sebagai contoh,tgk balik apa yg jadi masa international bazaar 2010.org gelakkan Malaysia masa fashion show.sebab???..........cara Malaysians organize the "unreal" Malaysia Student Organization la.Indonesians gelak, Venezuelans gelak....
sudah la.cakap pun tak guna.but now,I know who's the good one and who's not!
I WANT TO SHARE MY EXPERIENCES AND THOUGHTS WITH OTHERS SO THAT WE CAN CHANGE OURSELVES TO THE BETTER ONE AND AT THE SAME TIME REMINDS ME ABOUT WHAT I HAVE DONE AND WHAT I WILL DO.HOPE WE WILL BECOME A WISE PERSON IN THE FUTURE.AMEEN~
Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts
Tuesday, November 30, 2010
Thursday, October 15, 2009
kerana saya seorang perempuan?
bukan nk ngaku diri ni baik sangat. tapi berbaloikah saya klu buat baik kat awak tapi awak tak pernah pun terfikir nk buat yg sama terhadap saya.bukan saya nk mintak balasan ke apa,cuma.....
tiap kali besday awak,saya selalu fikir nk bagi hadiah apa kt awak,tp pernah tak awak terfikir nk bagi hadiah besday tuk saya?
tiap kali ada event penting,saya selalu terfikir nk buat makan2,tp adakah awak join party ni dgn hati yg ikhlas,atau sebab terpaksa,atau sebab "dah org ajak makan,saya dtg la"?
saya buat majlis2 cam ni cuma nak eratkan ikatan silaturrahim antara kita.kisahkah awak ttg ikatan ini?"apa penting sgt hubungan ini hingga saya tak leh study?"lebih baik saya gi study" kan?
apa awak fikir pasal saya.saya tau saya bukan student yg bijak.CGPA saya pun jauh beza dgn awak.perempuan plak tu.engineering is not your thing....maybe that's what you think.sebab tu,mungkin,awak tak nak study sama2 dengan saya.tak nak satu group ngan saya untuk project.takut saya tiru awak nyer hw @ assignment.takut saya tak buat apa2 tuk project.nanti awak kene buat semuanya.mungkin...
kepada awak;
awak silap.itu bukan saya.saya pun student gak.nk jugak masa untuk belajar.dan saya juga engineering student.sama macam awak.saya mmg suka bende2 ni.saya mmg suka computer.saya mmg suka sciences,maths. jangan pandang rendah kebolehan saya.
saya akan berubah.berubah kepada menjadi seorang pelajar yg rajin dan berjaya.saya boleh buat hw,assignment,or project tanpa awak.jika itu yg awak mahu.dan saya yakin saya boleh buat lebih baik dari awak.
dan awak tak perlu risau lagi.saya dah tak nak jadi terlalu baik.baik sangat.lebih baik saya isi ingatan saya dengan pelajaran daripada kusutkan fikiran saya ttg hadiah hari jadi ataupun party harijadi awak.
saya boleh buat semua itu,kerana saya seorang perempuan.
huhuuu.....berat hati nk buat semua ini.ia seperti telah sebati dengan diriku.tapi perlu tempuhi jua.demi masa depan.bantulah diriku ini Ya Allah~hanya Engkau yg memahami diriku~berilah yang terbaik utk-ku
Friday, September 11, 2009
Aku Redha~~

8.45 pagi 10 September 2009,tidurku dikejutkan oleh 1 sms dari abgku di Malaysia.
"Na,mek xdop doh.tepon la dumoh.ore nk blik doh ni"
Innalillahiwainna ilaihirajiuun....
Aku terkedu,seperti tiada apa2 perasaan.
Sesaat kemudian,berderai air mataku.Siapalah aku tak lebih daripada seorang insan yang lemah,seorang perempuan.Hati seorang perempuan yg senipis 'thin film'....mudah sahaja tuk mengalirkan air mata.
Alhamdulillah,aku menerima pemergian nenekku dengan hati yang Redha.Aku dah tak sanggup tgk dia terlantar tanpa dapat bergerak,bercakap,dan melihat....Aku Redha~
Tapi aku tetap menangis,mungkin sebab aku berhati wanita....mudah tersentuh
Ada perasaan yang aneh dalam diriku.Aku redha dengan pemergian nenekku dan pada masa yang sama aku bersyukur.Bukan aku nk tgk die pergi cepat,tapi sebab ak tak sanggup tgk penderitaan yang dialaminya.....hampir 2 tahun.aku juga sedih tgk ma aku yg ulang alik dari rumah ke rumah aunty ku,di mana nenek ku berada.....jauhnya lebih kurang 20-30 minit perjalanan(klu tak salahla,tp boleh kata tak leh jalan kaki,kene naik kereta)
Aku sebagai anak,kadang2 terasa kekurangan kasih sayang drp emak.Tapi,ak lebih sanggup berkorban demi ma aku.Dia sayang sangat kat mek....tak pa la.aku pun sayang mek.
Banyak kenangan aku ngan mek yang tak akan aku lupakan:
>masa mek masih sihat, hampir setiap minggu atau dua minggu sekali,die datang ke rumah aku.Tido 2 malam.Biasa hari Jumaat pagi die datang.klu datang mesti bawak kuih2 (mek panggil tepung),ataupun cekedih....
>petang2,kdg2,mek bwk aku naik motor gi kebun dio kat neme (Nemang nama sebenarnyo).Aku suko naik moto nge mek.Pernah skali dio aja aku bowok muto....huhuhu
>aku jugop suko tido rumoh mek.tido rama2 dale kelambu dio....sebab rumoh mek dekat nge bukit,male2 sangat2 la sejuk.Tido dalam kelambu adalah pengalaman plg best,tak dop kipah lak tue.Aku tok leh tido tak dop kipah....hihihi.dan lembek kat umoh mek,my favourite spot,though I'm big enough to jump on that mattress.hehehe
>mee sup mek meme famous.patut la makane favaourite ma pun bihun sup....mesti berSUP.
>tido rumoh mok nge mek nge kak nik sibah pun pengalaman paling best hok ak tak kan lupo.masih segar dalam ingatan aku segala2nya dalam rumoh mok.mano tilam,mano tv,mano kipah,mano krusi oren,mano tilam Mok.bau dio pun masih dlm ingatanku-tika aku menaip coretan ini.....
>Mek jugop suko bowok ak jale2 rumoh sain2 dio kat rekang....naik muto la....hihihi.Mek perkenalkan aku nge sain2 dio agar tak terputus hubungan.
banyok lagi sebenarnyo pengalaman aku ngan mek.....
Ado satu perkara yang kita sama2 tok de nok buat....mek pernoh oyak.maso dio gi mekoh dulu,dio bermimpi semua anak cucu dio mari mekoh jugop buat umrah rama2...Mek sangat gembira time tue.Anak cucu dio duk di Masjidil Haram.....(ak tringin nk gi mekoh nge mek,sbb che za oyak,gi mekoh nge mek paling BEST.coz she knows everything)
kak long,che za pun teringin nk gi mekoh nge mek,klu mek sihat smula...(ak kecek2 nge kak long n che za on the way to Penang,bfr I went back to US)
Aku suko klu mek mari rumoh.....hihihi....sebab ak bleh buat bendo hok ak tok leh buat...I mean,klu buat ma mesti maroh....lebih kure gitu la.
Kalau nk dicoretkan semuanya kat sini,tak kehabisan....akhir kata
~I Love U,Mek~ *a flying kiss from me*
~I'm sorry I can't be there on your last day in this world.I can't see you face for the last time,and can't kiss you for the last time,like you kiss me when I was a baby
~I'm sorry I can't sent you to your last resting place like you sent me when I went to boarding school or university
~Coz I'm here in USA
~But I know you went to meet Allah with peace.That's made me happy.
Last but not least,I want to share something;
~Recently,I know that You will go.though I hope -n- I want to meet you again this summer or 2 years from now
~Ma told me she had a dream.She dreamed you.And you wore a red baju kurung, your favourite colour (ma n me know that red n black baju kurung is your favourite colour)-that's why ma always buy red n black fabric for your Eid baju kurung.Ma asked you,where are you going?And you said,I want to meet Mok,coz Mok want to give me matches.After that,I know you will follow Mok too.Ma also know 'bout this.Since then,we are ready.(n actually I told syahirah n abe chik too bout this...I psss...psss...,dont want others to know,coz its juz a dream but I know it is something that we have to take serious n I juz want them to know n appreciate her last days)
Mek,pergimu dengan redha anak,cucu,cicit mu.Pergimu pada bulan yang mulia,selepas maghrib (berbuka puasa),malam Jumaat,malam pertama 10 malam terakhir.
Dan wasiat Mek yg terakhir pun dah kami sempurnakan.Mek kami kuburkan di kg Rekang.Mek rehatlah kat sana baik2 ye.Harap Mek suko.Ma kato,Mek duk dekat nge Mok nge ayoh me.mesti Mek suko ke?
Allah lebih sayangkan Mek.Semoga damai Mek di sana bersama2 Mok,ayoh pin,ayoh me,para mukminin,mukminat,para sahabat dan para rasul.
Bye2.Assalamualaikum.Semoga kita berjumpa di sana nanti.
Al-Fatihah.
pic 1:mek & aku
pic 2: telefon tu la ak terima msg dari abgku ttg berita itu~~
Subscribe to:
Posts (Atom)