Tuesday, April 30, 2013

Penghijrahan Ke Arah Penyucian Jiwa (Bahagian 1)

25 Februari - 9 Mac 2013 - Andalusia Travel & Tour - Oman Air through Oman

24 Februari 2013

Bertolak dari Kelantan ke KLIA. Kami amik flight paling lewat. MAS yg paling lambat pukul 19:50 dan dijangka samapi kat KLIA pada pukul 20:50. Kami terpaksa amik flight ni sebab penerbangan Oman Air pada esoknya ialah pada pukul 8:30 pagi dan kami kene berkumpul kat KLIA dari pukul 5.30 pagi lagi.huhuhu

Terima kasih kepada yang menghantar kami kat airport PC, adik beradik,mok sedaro,sepupu,tok sedaro & jiran.

Atas alasan tak nak susahkan orang lain,sebab hari kami bertolak ke Saudi ni hari Isnin, abang/saudara mara semua akan kerja kan pada hari Isnin....jadi kami merancang nk bermalam je kat KLIA tu..huuhuu (dugaan nyeee)

Sampai di KLIA, kami di sambut Cik Jah dan keluarga.Adik abah yg tinggal di Kota Damansara. Kami makan2 KFC lepas tu diorang kene balik sebab esok kerja/sekolah. Maka tinggal lah kami ber3 di situ (kat KFC)

Kami jumpa tempat tidur best kat KFC tu.tempat kerusi separa bulat.boleh la pejam mata skit sebelum memulakan perjalanan yg panjang esok nya.

25 Februari 2013

Tido2, datang 2 orng mat salleh.dari mana aku tak tanya.nk pinjam adapter sbb dia nk cucuk iPhone dia yg kehabisan bateri.nasib baik aku ada bawa.hehehe.rezeki korang!!! diorang offer air dr KFC,tp terpaksa menolak sebab perut aku dah kembung dengan air kat KFC tu jugakkk...terima kasih daun keladi ye :)

Kami bergilir2 tido.Ye la kan, at least sorang kene jaga beg2 kami yang banyak tu.
Total beg besar (check-in luggage) = 3
Hand luggage = 3
beg sandang = pun 3    heeee...

Waktu subuh dah masuk, kami pergi sembahyang kat surau. hmm... ramai orang indonesia yang tido kat situ. sepertinya mereka pun baru balik dari Mekah.Baju semua sama, mmg style org Indo kot.

Lebih kurang kul 5.30 pagi, kami berkumpul di kaunter M, kaunter paling hujung. Ramai gak la jemaah2 yang akan pergi ngan kami ikut Oman ni. tp kami je yang asal kelantan. Opps...ada la sorang lagi ni orang kelantan,asal ketereh....tp sekarang menetap di Pahang sebab kawin ngan org situ.

Kaminye mutawwif ialah ustazah Norizan.Beliau akan jaga kami dari kami bertolak dr KLIA hingga la kami balik semula ke Malaysia. Seorang wanita yang berhati waja....kan??

Ada 2 group yang akan naik Oman Air hari ni. 1 group yang transit sahaja (we included) dan 1 lagi yang akan pergi Ziarah Oman sebaik sahaja selesai urusan Umrah ni.

Selapas taklimat ringkas oleh petugas2 Andalusia, kami dapat name tag, passport dan goodie bag (ada roti & biskut - cukup untuk alas perut as a simple breakfast). dalam pukul 8 lebih pagi, kami mula melangkah menuju ke pintu perlepaasn antarabangsa, terus ke kaunter pemeriksaan passport dan naik train menuju ke balai berlepas. Oman Air sedang menanti kami.

Perjalanan kami ke Oman menganbil masa lebih kurang 8 jam............ bersambung