Saturday, June 26, 2010

Is it not me or is it me ?

salam to all the readers,

hari ni hari last tuk summer class first session.yea!
tp kenapa ada gambar org tgh frust tu? sepatutnya sy happy kan sbb kelas dah abis.
oh tiiidaaaaakk! hari ni sy screw up my exam again.dang it! ada lagiii......bangun 5 minutes before exam...arrrrrr!! dang it!!!! sib baik kelas tak sampai 1 minit dr apartment.sempat sampai.
Ya Allah,apa nk jadi ngan aku ni.....malas betul.bila nk berubah tak tau la.tp mesti,MESTI berubah klu nk jadi engineer yg berjaya.

hari ni mmg rase betul2 frust,betul2 kecewa,menyesal.hais~
nk lepaskn rase tense yg amat ini,sy tido.tido smpi petang.dh la siang pjg skrg ni.seronok la tido.hihihi
lepas tu,pergi lak bakar kek tengah2 malam...kul 10.hahaha.makan nye tak sgt.hmm...
tak pe2x.makan skit2.maknanye tambah lemak kat badan pun skit2 la ni.huhuhu.

dn dgn tiba2 terpanggil nak buat tag daripada kak ngah.Tag Love (kasi color merah n bold skit)
tag ni ada tny pasal siapa kita ni?hah!! susah tau nk jwb soklan ni sbb kadang2 kita tak tau sapa diri kita.hahaha.cam sy la tu =P
pas tu pabila ada something happen kat kita,baru kita sedar siapa kita.cam yg berlaku hari ni kt sy.n i'm not sure,it is that's me or it is not? hmm...

K,ni dia tag love tu.cute kan?hehe
1. Thank and link the person that tagged you
kak ngah aka sara thank you for tagging me.really appreciate it =)
sila klik SARA to go to her cute blog.

2. Tag another 10 bloggers that you think are fantastics
cam biasa la jawapanku.sy tak ramai follower kt sini.huhuhu

3. Contact them and let them know about this
^_^

4. State 7 things about you

a) bila under stress, sy akan tido.best thing to do.
b) or kemas rumah or pergi bake chocolate cake malam2 buta.lalalala~
c) tak suka org paksa.sbb sy tak pandai nk kata TIDAK.huhuhu.so,jgn paksa2 ye,nnt sy tak suka.haha.tp paksaan kadang2 boleh membantu sy pergi beyond what I think I can't do.That's good,aite! tp jgn lebih limit la.nanti ai meletOp
d) org ckp sy genius,tp malas skit.betul ke? klu genius tu,amin~.n malas tu sebenarnya saya yg cakap sdri.hahaha.tu mmg betul.bila kene buat bende yg sy tak berapa suka,tu la jadinya.kadang2 study pun malas.hais~tak bleh.tak bleh.kene berubah!!!
e) sy suka ketawa,suka happy2x.klu ada problem ke apa,akan cuba yg terbaik tuk senyum.sbb bila sy happy,pemikiran saya jd waras. n nama sy pn maksudnya gembira.jd,sesuai la tu.=)
f) sy ada limit kesabaran yg agak tinggi.org buat jahat cam ner pun kat sy,sy akan cuba kawal perasaan agar tak meletOp cepat.sy akan tarik nafas dalam2x,bertenang dan senyum.opss,jgn lupa,cuba la fikir positif.oh!oh!,tp sy tak nk jadi bodoh.sy fikir dulu salah sapa,klu 100% - 70% salah org itu --> sila cepat2 mintak maaf,OK!!!
g) saya suka kucing....n other cute animal.dan akn cuba [CUBA] my best tak bunuh binatang2 itu w/pun sy tak berapa suka mereka2 itu berada dlm rumah sy.rela tutup kumbang hitam itu bawah Frisbee cam sy tgh buat skrg.esok nk buang kat luar.sebenarnya sy takkan bunuh binatang yg tak bleh makan ni selagi dia tak buat jahat kt sy ataupun selagi sy tak terasa terancam.

haaa...cukup 7 perkara pasal saya.cukup la tu.nk tau lebih lanjut,sila jumpa depan2 ye.hihihi

okey,bye2x.

Friday, June 25, 2010

kisah dunia baru 1 - the prologue

salam,

hari ni,terdetik kat hati sy nk kongsi kisah hidupku di dunia baru.mulai saat ni,sy akan kisahkan kisahku tentang pengalaman di dunia baru, pengalaman berada jauh dari keluarga, pengalaman 15000km dari rumah, pengalaman -13/-14 jam time zone difference

dlm sejarah,jika kita sebut "new world" (dunia baru) mesti kita terbayang benua Amerika (Amerika Utara dan Amerika Selatan).ya, Christoper Columbus,salah seorg (bukan org pertama) yg berjaya sampai di dunia baru pd ketika itu. Dia adalah seorg pedagang,pelayar dari Italy. dia merupakn salah seorg yg telah mambawa perubahan kepada benua Amerika sepertimana kita tgk skrg. heeeeee =D

apa plak kaitan ak ngan "dunia baru" ni.yup2x.sy skrg duk kat "dunia baru" jugak.dan "dunia baru" ni merupakn dunia baru sy jugak.haha,berbelit2 ayat.
meh nak explain;hihihi.skrg sy ngah study kat Amerika.dan Amerika adalah tmpt baru bagi diriku.{hihi,klu tulis cam ni kan senang,ni nk berbelit2x.hihihi.sebenarnya saje je nk kasi nampak dramatik skit}

ok2.tanggal 12 Ogos 2007,aku ,berangkat ke USA.kene lak time tu demam.huhu.
masa kt depan international departure gate,detik2 last bersalaman ngan family,hati kecilku berdetik2...tik!tik!tiiik! gitauku bahawa US tu tak jauh.rasa cam kelantan-thailand je.sy tak tau kenapa sy bleh fikir cam tu.rasa dekaat sgt.

dan tu jugak la buat pertama kalinya sy naik kapal terbang.darak dop.huhu.pas tu,dh la first time,naik plak kapal terbang besar teruh.uh! MH94 KL-Taipie-LA.Boeing777-200.besau tu.hihi
dan jugak,first time naik flight,skali flight plg lama...total duration 18 hours 30 minutes.gile ke apa aku ni.hohoho,ni tak tambah connection flight dari LA ke Tulsa.so,total nk dekat 1 hari perjalanan.


dan pada June 24,hari khamis....2 hari lepas la tu.aku berjalan dari apartment ke ACAC.nk pergi amik barang yg baru dibeli dr Amazon kat post office kat ACAC tu.sbb summer,time tu suhu dia dlm 90F lebih n sbb kering rasa cam 100F lebih.panas! kire2 nk dekat 40C la tu.

dan dlm perjalanan balik ke apartment lepas amik package kt post office {*muka happy sgt2 time tu,brg dah sampai katakan.hihihi}, sy nampak seekor burung kt depan KEP (engineering building,singkatan drp Keplinger Hall) duk korek2 tanah bawah pokok.hmm?? hairan.dia wak pe ek? amat menarik.hihihi. cari makanan kot. =D

*pengenalan gambar:sebenarnya sy baru perasan.sy letak gmbr burung tu sbb cerita burung korek tanah tu,x perasan plak iye ada kaitan ngan my first flight to my new world."burung=terbang=fly".what a coincidence.

Sunday, June 20, 2010

Bag Tag

salam semua,

haaa,bosan2x.tiap hari rasa bosan.huhuhu
tapi.......sy baru terbaca dlm buku 101 Really Important Things You Already Know,But Keep Forgetting, klu ada sesuatu yg buatkan kita bosan,tu sebenarnya kita.Kita yg buatkan diri kita bosan,bukan bende2 lain.Buku ni sgt bagus.boleh motivate sy balik.skrg sy dah rase kurang skit rase boring ni.yeay!!
satu cara nk hilangkn rasa bosan ni mengikut buku ni,sibukkan diri kita ngan sesuatu yg kita suka,cam tulis blog ni la.thanks ya!
dan baru2 ni sy ditag oleh sara....bag tag.nak tahu pasal handbag saya....teruskn membaca =)

1. Letak Batch mark "Bag Tags"
dah ltk kat atas tu
2. Mana bag yang sedang anda guna sekarang?
ini dia ---->
Description: Fossil Hobo Satchel Handbag ,fully leather,ada logo OU (hahaha w/pun sy x minat OU,hny sokong TU tp x kisah sgt),inside zip,cellphone and zip-top closure,single handle

3.Kenapa suka beg tu?
ni handbag first masa kat US & juga handbag first beli pakai duit sendiri.hihihi
sy suka handbag ni sbb dia fully leather,lembut je & tahan lasak
handbag ni kecil,senang nk dibawa ke mana-mana.muat2 letak wallet & kamera

4. Pic anda dan beg tu?
handbag ni dh melacong banyak tempat;antaranya:

Alcatraz,San Francisco
Golden Gate Bridge,San Francisco
Grand Canyon,Arizona (South Rim)
tak lupa di Tulsa sendiri
Pulau Perhentian,Terengganu
Bandar Baru Bangi,Selangor
Taman Botani,Putrajaya

5. Pengalaman dengan beg tu?
byk sangat pengalaman ngan handbag ni.cam dlm gambar2 kat atas tu.selalunya sy bawa handbag ni ke majlis2 formal,sambutan hari raya dan jalan2 masa cuti sekolah.

6. Kenapa anda rasa perempuan perlu bawak beg kemana-mana?
sebab poket seluar jeans org perempuan direka tuk hiasan je.hahaha.
dan jugak,poket jeans perempuan direka khas agar wallet perempuan tak muat disumbat
jugak wallet perempuan direka khas supaya tak muat nk sumbat dlm poket jeans diorg
poket jeans perempuan tak muat nk letak cellphone n kunci (klu sumbat ok je,tp akn nampak buruk dan berkemungkinan boleh tercicir kt mane2)
lagi,lagi...hmmmm.kita kan suka bawak macam2,tisu muka la,lip gloss,lip balm,stokin klu kene smayang time tgh shopping,compact powder dan macam2 la.
so,klu ada handbag,bleh letak semua barang2 ni n senang nk dibawa ke mana-mana

7. Pandangan anda bila lelaki bawa handbag perempuan....
tak sesuai.cam queen control.klu nk suruh lelaki bawak handbag,baik tak yah bawak terus.guna je duit2 dan (credit card)2x lelaki tu.kan senang.hahaha.tak penat bahu nk pikul handbag.biar je lelaki tu sumbat wallet dia dlm poket jeans dia =)

8. Cara kreatif untuk elak beg anda diragut?
letak GPS kat beg tu.nanti senang nk cari mana diorang bawak lari beg tu.pas tu suruh je polis cari peragut tu,kita tak yah nk ngade2 nk pergi tumbuk sendiri muka diorg.

9. Bag atau kasut? mana satu anda pilih?
beg! handbag2x itu sgt cantik,ok!!.hahaha.tp tak cukup duit nk beli.tolong2x

10. TAG 5 orang kawan anda yang anda nak taw ttg begnye! (jgn lupa bgtaw rakan yg anda tag ni)
tak tau nk tag sapa.huhu.sapa2 yg ada baca pasal entry ni buat la ye.nanti bgtau kite.nak baca pasal bag korang plak.

thanks ye kak ngah for the tag.skrg dh rase nk beli handbag baru lak =D hehehe

Saturday, June 19, 2010

Cherry and Doughnut Green Tea Party


salam semua,

party,party,...hehe.ni je kerja sy masa summer ni.dah bosan tak buat apa2.
kalu kat malaysia,kita panggil "jemput makan-makan" lbh kurang cam tu la bunyinye tp sbb dah duk negara org, nk la bunyi oram putih skit.hihihi.bab tu la panggil party.HAHAHA

tp party saya,party baik2 punya.tak de wild animal party.hihi.w/pun duk kat negara orang,tak de org dari jabatan agama nak pantau,kita tetap kena jaga tingkah laku.sbb ni bukannya antara kita & org jabatan agama Islam tetapi antara kita ngan tuhan kita =D selit ceramah skiiiitt

tujuan party ni sebab nk merapatkan lg hubungan kami kawan2.apabila duk sibuk study je,kadang2 terlupa dah berminggu2 tak jumpa ngan kwn2 kita.hais~

sy jugak sebenarnya dh janji nk buat donut kentang kat kawan sy ni.bila dengar pelik je nama donut ni,dia beria2 nak try.jd,sy buat la.sy sdri pun kempunan nak makan donut malaysia sebenarnya (donut yg salut ngan gula...hihihi)

tea party kali ni simple je;ada donut ubi kentang,buah cherry dan air teh hijau (green tea).n FYI green tea kami tak de gula.ulangan "tak de gula".hahaha,nk sihat katakan.dan bagi alasan sbb dh makan donut yg bergula nanti bila minum teh tawar,rase la manis2 skit.hihihi
FYI lagi;kali ni buat green tea sbb green tea dpt membakar lemak2 di perut.sy ada terbaca 1 article kat Yahoo.itu sbb kali ni sy buat green tea instead of tea biasa.lalala~

resepi donut kentang ni sebenarnya sy amik dr buku resepi ma sy.hihi.dulu pernah try skali kt rumah.first time,tak berape nk jadi.tp kali ni,alhamdulillah,nampak cam donut la.rasa pun ok jugak.hehehe.n cik za tuu..ni kak ana letok resepi donut kentang,try la buat.sedap makan time panas2 time duk rehat2 waktu petang sambil minum teh.hihi

bahan2:
2 biji kentang
2 biji telur
2 sudu besar mentega
1 sudu besar yis basah
1 sudu besar gula
1/2 cawan susu pekat
sedikit garam
tepung gandum secukupnya
gula halus (untuk salut)

cara2:
1.rebus kentang hingga empuk & lecek lumat
2.pukul mentega & yis basah sehingga kembang
3.masukkn telur & gula.pukul lagi
4.masukkn susu pekat & kacau
5.masukkn kentang lecek. {dlm buku resepi,dia tak ckp bila kene masukkan garam,huhu;jd masukkan je sekarang;sebelum masukkan tepung}
6.masukkn tepung sedikit-sedikit hingga boleh diuli.jgn tambah tepung terlalu byk.jika terlalu lembik & melekat,sapukan tepung di tangan sebelum membentuknya
7.slps 10 min dibentuk,donut sudah boleh digoreng.toskn minyaknya dn digolekkan ke dlm gula halus dan bolehlah dihidangkan

*sy guna yis kering,jd jugak donut tu.naik cam biasa je.dn sbb buat skit je,saya pukul mentega tu guna garfu je.senang tp amik masa la skit tp sbb duk asyik tgk world cup,tk terasa lama.ralik~hehe.drp sukatan kat atas dan saiz cam dlm gmbr,sy dpt 24 biji donut.tuk sukatan tepung plak,adunan yg sy dpt adala melekat skit2,jd sy letak skit tepung kt tangan sebelum buat bulat2 ---> adunan sy x de la keras sgt n lembik sgt*

bila dh lama tak jumpa ni;sebenarnya baru seminggu tp kira lama la tu hihih; byk la bende kami bualkn.dari sekecil2 bertanya khabar kpd sebesar2 masalah umat.hahaha.selain tu,hari ni gak kami dpt satu ilmu baru;pasal pokok ceri.sy ingat buat ceri ni berbuah 2-2 cam ni ,

tp a/bila kami google-google kat internet,sebenarnya ceri tak semestinya berbuah 2-2 cam tu.kadang2 ada yg 3 biji setangkai .so,tanggapan sy selama ni salah la.tp tu la masalahnya,jika kita tak mencari/mengkaji ilmu,just amik je yg kat depan mata.ini lah jadi nya.sbb sy slalu nmpk org lukis buah ceri cam ni,mesti 2-2.tu fikir buah ceri berbuah cam ni.huhuhu.
tak salah klu kita luangkn skit masa dpn internet google bende2 cam ni.klu dpn fb boleh duduk berjam2,nk google sedikit ilmu yg amik masa tak sampai 2-3 minit ni tak sepatutnya jd masalah la kan.hehe

ok la.rasanya dh terlalu pjg entry kali ni.bye2.

Sunday, June 13, 2010

Majlis Perkahwinan di Amerika


salam,khaifa haluk?

jgn ingat kat Malaysia je dpt pergi majlis perkahwinan,hihihi.kat sini pun,alhamdulillah...sy dijemput.bukan wedding american,tp wedding pakistani.

ini adalah majlis perkahwinan pakistan yg pertama sy pergi dan majlis perkahwinan yg kedua sepanjang sy di US =D.excited gak nk tahu mcm mana diorg sambut.hehehe.sy kenal pengantin perempuan kat University of Tulsa.Dia grad dr TU gak dan dia best friend kwn sy dr Tulsa,Meredith.sebenarnya dia bg kad kat meredith jer,tp sbb dlm kad tu ckp dia boleh bawak sorg lg ahli tuk setiap org yg dijemput,meaning:meredith + ismail + 2 org lagi.so meredith ajak la sy.hihihi.serunuuuk.

On Friday,smalam;ada mehndi party (majlis berinai) dan hari ni reception dia.Majlis reception tu kat hotel kat downtown Tulsa.lupa lak nama hotel tu.w/pun majlis tu start agak la lambat,tp semuanya bertukar jd happy lepas bride n groom masuk dewan.kedua2 pengantin sgt cantik.

dan makana yg dihidangkn ialah makanan india dari Indian Palace Restaurant. manggo lassi dia seeedap.rase nk minum byk2 je,tp kene cover2 skit.hihihi.dan esok plak, majlis sebelah pihak lelaki.macam cara kita la kan?ada majlis sebelah perempuan dan sebelah lelaki.

dan ni ada skit gmbr dr majlis tu.n sbb nk hormat pengantin perempuan yg tak suka gambar dia dipublish kat internet,so sy tak akn letak gambar2 dia.

malam Mehndi-pakai baju desi

dengan Meredith-malam reception


suami isteri-terima kasih sbb bawak sy

Wednesday, June 9, 2010

New google homepage theme

salam

Ini dia Google homepage baru sy.cantik kan?.I like it =)
penuh dengan bunga2 n color pink.

dan hari ni jugak,sy kene tukar layout blog ni kpd yg simple-miple balik sbb layout hari tu yg ada bunga daisy+butterfly tu rosak =(
kat bahagian atas dan bawah skali nmpk ok je layout bunga daisy tu,tp kat tengah2 jadi hitam.huhuhu.tak de image langsung.so,sbb tu la sy kene tuka kpd yg ni.tp insyaAllah klu ada masa,sy akn tukar balik.kene cari yg betul2 jd.

hmmm....apa lg ye yg sy buat ari ni.oh3x....tadi call malaysia,pah tu dpt cakap ngan my mum.I'm Happy2x.dpt jugak cakap byk perkara w/pun sekejap je ckp.dia kene kerja jugak w/pun sekolah cuti.sbb cikgu2 je yg cuti.kakitangan lain tak cuti.td tny pasal majlis perkahwinan sepupu belah abah.ma kata semuanya berjln lancar.Alhamdulillah.tak sabar nak tgk gambar kawin Anis ni.cepat la upload gambar...hihihi

pas tu tny lak pasal family member lain.semua ok!alhamdulillah.ma ado oyak gak,cuti2 sekolah ni mmg ramai org buat kenduri kahwin.senangkan..semua saudara mara boleh hadiri majlis tu nanti.tp tu la,boleh sampai 20 kad jemputan dalam cuti ni.n tak silap,cuti sekolah hny 2 minggu je.hahaha.maknanya ada yg lebih dari 1 kenduri dlm satu hari.

dalam minggu ni gak,sorang lagi cousin ak kawin.tahniah n selamat pengantin baru buat kak sa.dan ma jadi ahli terpenting dlm majlis tu nanti...hihihi ---> jadi tukang masak tuk makanan pengatin.ha!taraf mak Datin je tu bleh amik task ni.kah!kah!kah!.gurau je =P
then,ma kata,die bukan expert sgt,buat udoh2 la.setakat masak ikan bawal,udang...hihihi.buat seddak deh ma =D

lupa nk ckp,hari ni jugak ak dh berazam nk jadi seorg yg kuat,kuat dari segi mental.tak de la nk gi angkat berat sampai timbul otot2.segala kesusahan yg ak hadapi skrg,jauh dr family,menguatkan lagi hati aku.ak tak nk jadi org lemah lagi.w/pun org lain tak nk tolong kita,ak tak akan rasa keseorangan,sbb ak tau dan ak yakin Allah sentiasa bersama ak.padaMu seorang ak mengadu dan memohon pertolongan.Thanks God for showing me this path.tanpa ujian mu dari segala sudut,tak mungkin aku dpt mengecapi manisnya nikmatMu.aku tak buta nikmat sepertimana yg diperkatakan.fikir dulu sblm keluarkn hujah2 tu....dn masih ramai lg org di luar sana yg ikhlas.selagi ak punya mulut,tangan,kaki,akal....akn ku usahakn yg terbaik!

dah lewat dh ni.klu ikut hati,nk je coretkn kisah2 menarik kat sini.tp sbb esok ada kelas n subuh pun dh awal (kul 4.40 dh masuk n 6.06 dh abis).so,sy tido dulu.assalamualaikum.

p/s:lepas sy abis coretkan kisah sy ari ni,baru perasan...asalnya nk cakap pasal new homepage tu je.tp end up,sy telah tulis gak pasal benda lain.benda baru jugak;pengantin baru,updated pasal my family n new azam.jd,sy mmg STRESSkn the word "new" =D hehehe.mmg kebetulan la.

Sunday, June 6, 2010

Caller Ringtone Abah

apabila dengar lagu ni,mesti aku teringatkan abah =)
enjoy!

Saturday, June 5, 2010

hari hari mendatang

salam,

bosan ngan fb,pergi baca blog org.ni la kerje sy ari2.pas tu buat2 lupa lak exam ari isnin ni.*uppps.jap lg nk study,kene tutup laptop.mesti buat!!!*



*Ya Allah,jgnla nanti muke aku nmpk "pelik"*- doa sblm kuar result muka after 20 years.hihihi

ari ni usha2 3 blog ni;blog cik za,kak long n kak ngah.anak beranak yg sgt suke berblog. =)
baca2,ada la kene tag sana sini.


tuk entry ni,kak ana nk buat tag kak ngah.

hais,mmg pelik la application2 kat internet ni.ade klu nk tgk bakal rupa anak la,tuka jadi elf la,tgk masa depan pun ada.macam-macam ada.tapi jgn percaya ye,dosa. =P juz for FUN ok la.

n ni la result muka saya after 20 years =(

tak suuuuuuuuuuuuuuukaaaa!!.buruk2.tipu ni ye kawan2.umur baru awal 40-an.
banyak sgt kerja ni.itam muka2.kerja kat offshore byk kot.hihihi
ni tak aci,gambar ni tak make up sgt.letak bedak je.tak sempat nk letak concealer dan seangkatan dengannya.hihi.klu letak,mesti CUN skit ni.hihihi.percaya lah =D *angguk-angguk*

bila dh tgk muka jd gini,nk buat perubahan la skit.kene rajin2 makan buah2,kekacang,makan yogurt.untuk tahu lebih lanjut,baca kat sini --> http://health.yahoo.net/experts/drmao/7-all-natural-secrets-skin-beauty (malas nk tulis sebenarnya,sorry)

nk bagi sedikit ulasan daripada website kat atas tu.Dr Mao byk guna buah2, kekacang tuk buat scrub/moisturizer.klu sy,sy tak buat kot.sy akan makan buah2 n kekacang tu drp letak kat muka.rase membazir buat cam tu.dan dia jugak ada sebut2 pasal make up.uh!uh!...make up banyak2 tak elok jugak,sbb byk chemical yg berbahaya.jd,kene kurangkn la ni. ;)

sebenarnya banyak lagi article pasal pemakanan seimbang dn cara hidup yg seimbang kat luar sana.rajin2 cari la ye.semoga kita dapat tambah lebih byk pengetahuan.

tuk sapa2 yg terbaca blog ni,klu rajin buat la bende ni.boleh insafkn diri gak.huhuhu.hidup di dunia ni tak lama,insaf2 la.ditujukn tuk diri sendiri gak ni.

okay-dokie.salam.

gembira=farhana

hello-hello-Hello,

gooood morning people.sebenarnya sy ngantuk sgt2.dh x tido satu mlm.bukan buat kije pun,tp duk main tenet.huhuhu
kucing kat sebelah pun dh duo kali tido.hakhakhak.jeles ni.nanti kite tido same2 ye kucing.tak leh tido selagi x kul 10,sbb ada bende penting nk buat.HOHOHO.sgt2 secret bende ni =)

time tgh main2 internet,sy cam biasa pergi melawat jiran tetangga kat perkampungan blog ni.
coretan kali ni bukan pasal diri sendiri cam kat title tu,tp sbb dh ditag oleh KAK LONG.

sebelum jawab soalan2 dr blog kak long,nk cerita sedikit pasal kisah farhana ni.sy pernah amik kelas arab komunikasi mase sek men dulu.dan dalam pengetahuan sy,gembira dlm bahasa arab is "pharoha"-lebih kurang gitu la.nak dijadikan cerita,kami buat satu surprise birthday party tuk isteri kawan arab kitaorg.diaorg ni newly-wed jugak.so masih sweet2,kiut2 la.hihihi.okeh sambung...........so,bila husband dia wat surprise kat dia,happy lompat2 la dia.pas tu dia duk sebut2 "bla bla bla FARHANA.....hayati,bla bla bla FARHANA".

huh??? aku terpinga2 la.dia panggil nama aku ke?tp mata tak pandang aku.dh la aku duk depan die je.sib baik husband dia perasan kepingaan aku.hihih.dia pun explain la.FARHANA tu maksud dia gembira.Isteri dia duk sebut ulang2 tu sbb dia sgt2 gambira.hikhikhik............oooo,baru la ak tau org arab sebut gembira apa.mgkn ni sebutan informal dia kot.sbb yg sy blajar kt sekolah tu formal.HAHAHA

oklah,ni ada beberapa soalan pasal HAPPY!!

Adakah anda happy sekarang?
happy.sbb tgh dengar lagu Here Comes The Sun.

Kenapa anda happy?
saya happy sebab itu nama saya,hahaha.
saya happy skrg sbb sy tengah tenang.
w/pun sy tak tido n subuh sgt2 awal skrg ni,tp sy rase tenang pagi ini.
pagi mmg waktu plg tenang dan sy happy
bila tgk my meow tido kat sebelah sy (w/pun sy jeles dia dh tido 2 kali)
*sambil tersenyum sorang2 tgk my cute meow tido*

Apakah benda yang boleh membuatkan anda heppy?
a/bila dpt bersama org yg saya sayang;my family,friends
sy happy a/bila sy dapat buat apa yg sy nak
dan tak de org kenak sy =)

Pernahkan anda menerima tag?
pernah

Nyatakan warna yang anda suka.
saya suka pink,w/pun sometimes sy menidakkannya
oren pun saya suka,putih =)
tak tau la....tp sy suka warna lembut2.
sy x pernah tau warna yg sy suka,sy suka sume warna.
menjawab soalan jugak ke ni??

Beritahu 9 orang yang anda mahu tag.
sbb sy baik,a-ce-ce...
sapa2 la yg terbaca nukilan sy kali ni,
anda di TAG
(yg belum buat lagi ye)


okeh,itu saja dari saya.assalamualaikum

SENYUM SOKMO

ni die meow yg tgh syok tido.siap palo ltk atas bantal lagi.solek mena kucing US ni =)

Friday, June 4, 2010

Timbaland - If We Ever Meet Again ft. Katy Perry

I love this song! really2x



I'll never be the same
If we ever meet again......
sebab hati,tingkah laku,perasaan,pemikiran dan segala2nya la
akan berubah
sebab kita manusia
boleh berubah
berubahlah ke arah yang lebih baik
sesungguhnya itulah sebaik2 perubahan =)

enjoy!

*that guy yg jadi pencuri tu ensem.kikiki.take note okay! n muka dia cam pelakon Malaysia,kan.

Putih as Snow White


salam,

putih melambangkan kesucian sebagaimana semua org tau =)
cam iklan Clorox...kain tu jadi putih bersilau2.hahaha
iklan produk gigi...nak jadikan gigi sihat dan putih

hmmm...putih mmg cantik,handsome;tp putih macam mana tu?
kekadang sy tak faham sampai ada org sanggup pakai produk kecantikan semata2 nak putih.sebab putih adalah cantik.
cantik ke kalau muka je putih.pah tangan n kaki gelap.
mungkin ada org tak setuju ngan entry kali ni.ye,sy ngaku kulit sy org kata cerah la jugak.sbb sy berkulit cerah,jd sy tak patut kata kat org lain.diorg pun nk jadi cantik gak.you have your right dear!!

tak salah nk jadi cantik,tp jgn sampai mengancam nyawa.ni kisah lama,sy pernah dengar ada satu produk kecantikan ni boleh buat muka jadi putih dlm masa yg singkat.mmg la...sampai kulit muka mengelupas.=( bahaya tu! tp bila tgk,x cantik sgt...sbb tak natural.kekadang rase kasihan sbb sampai gitu skali diorg buat.

kalu tak guna chemical,ada gak org guna make up.especially during their special day,cam pertunangan or perkahwinan.mak andam bukan main seronok skli tepek bedak kat muka anak dara ni....hahaha.then,the result cam opera cina lak.sbb diorg fikir,putih tu cantik.

nak jadi cantik banyak caranya.kalau pandai match color baju/tudung or match pakaian dengan diri kita boleh jd cantik gak.nk letak make up,boleh.tp biar kena ngan tmpt.and nk guna produk kecantikan pun boleh jugak.tp kena la cari yg elok.mahal skit tak pe klu result dia ok,tak de chemical yg pelik2.slow2 la."biar lambat,asal selamat"

n tak semua anggap putih tu cantik.some may prefer his/her natural appearance.ni yg kita kene ubah pemikiran org2 kita.putih tak semestinya melambangkan cantik.
sbg contoh,klu kulit cerah,senang je nak nampak jerawat,parut2 jerawat,kesan calar sana,calar sini kat muka.pas tu nk tutup tu,kene la kuarkn duit skit nk beli concealer.hahaha.that's happen to me la.but klu mmg kulit muka korg x de masalah,ok la.

apa2 pun:kata2 terakhir sy,putih tak semestinya cantik,I mean really2 fair.sedang2 sudaa...

okei-dokey.bye2x.

Wednesday, June 2, 2010

Crocs haram?fikir2 balik

salam,

macam2 karenah manusia ini....
karangan saya tuk kali ini hanya pendapat sy semata2,terpulang kepada anda tuk menerimanya atau tidak.

sdg sy melayari fb,tiba2 saya ternampak kawan sy "like" this statement.... crocs tidak haram.
mmg isu ini hangat dan sy pasti masih diperkatakan umum.
tp apbila sy baca kat http://roroki.com/crocs/ , ada betulnya.

dan terbukti,sy tgk sendiri kat website crocs.

fikir2 kan lah.