Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Sunday, March 22, 2015

The Sisterhood of Backpacker – Vietnam (Part 1)

Assalamualaikum

Baru berpeluang tuk bercerita panjang berkenaan cuti aku ke Vietnam. Kalau lama-lama ditangguh, nanti terlupa pula. Cuti kali ni aku ke luar negara (obersea yo!!) iaitu ke Vietnam bersama dua orang lagi kawan aku.

Tiket flight dah dibeli tahun lepas (2014) semasa promosi AirAsia dan travel date kami ialah pada 29/1 – 5/2 2015

Cuti ni adalah budget cuti, jadi kami ni backpackers. First time backpacker for me!!!


29/1/2015

KLIA Express dari KL Sentral - KLIA2 
6.50pm Malaysia – 8.45pm Ho Chi Minh
Penerbangan terus selama 1jam45min dari KLIA2 ke Tan Son Nhat International Airport (waktu di HCM -1hr dari Malaysia).

KLIA 2 - Terima kasih AirAsia


Thanks AirAsia for the service.


Setiba di Ho Chi Minh, kami amik teksi dari airport ke Hotel Blue River 2 (Teksi: USD 10). Hotel Blue River 2 ni dah ditempah awal oleh Zana masa di Malaysia lg. Lokasi dia agak tersorok. Sebab tu pemandu teksi tu agak tersesat jugak la nak cari hotel ni. Tapi Alhamdulillah, jumpa jugak. Masa nak ke hotel tu pun selepas teksi dh tinggalkan kami, perasaan takut tu datang jugak. Dah la kat negara orang, malam2 pulak tu. huhu.

Hotel Blue River 2 ni  dari segi Katil, air cond, wifi (semestinya), bilik air, etc agak okay dengan harganya. Lepas letak2 beg, kami terus kluar. Sebelum tu, Tanya jugak la owner hotel ni. Nasib baik dia pandai cakap English. Dia bagitau tempat yg kami nak tuju, siap bagi map lagi dan bagi nasihat dekat kami supaya jaga handbag baik2. Lagi elok kalu silangkan handbag.


Peta Hotel Blue River 2 &Travel agents di Bui Vien St. 


Kami nak pergi cari tiket sleeping bus dari HCM ke Hue. Budget punye travel, kami jalan je dari hotel ke kawasan yang banyak travel egen. Daripada owner hotel td, dia suh kami pergi ke Bui Vien street. Untuk maklumat tambahan, hotel Blue River 2 dan tmpt nk beli tiket ni di District 1.

Sepanjang perjalanan nk pergi beli tiket bas, rupanya penduduk HCM suka bela anjing. Sapa2 yang takut anjing tu…hmmm, buat2 berani la ye. Anggap mcm kucing je la.haha. Anjing dia kebanyakannya bertuan. Jadi, tak perlu la takut2. Nasib baik aku tak takut.Ngee~ penangan duk US J. Dan satu lagi. Kalau terbau hancing tu…buat2 la tutup hidung. Diaorg boleh shi shi kat mana2 je dia suka. Opsss…  aku pun tak pasti samada org mcm ni akan kene tangkap polis atau tidak, tp rasanya mcm tak je. So, beware tmpt yg korang rasa ada high potential tuk shi shi ye.

Jalan punya jalan, jumpa la tempat yang banyak travel agents di jalan Bui Vien. Tempat ni happening skit malam2 sebab ada banyak bars. Agen pertama macam tak nak layan kitaorng…..siap kata nak tutup kedai dah.last2, ak tengok tak tutup2 pun.  Kami pergi tempat lain.Cong Ty Tnhh DL & Thuong Mai Viet Nhat. No kedai dia 70. Mesti ingat ni. Orang dia sgt baik. Punya la duk tanya, duk nego….last2; tak dapat jugak harga murah…haha.fix price kan. Tapi tak pe, sebab dia tolong bagi cadangan tempat yang mesti & boleh pergi dengan masa yang kita ada. Dia jugak tolong belikan tiket flight dari Hue ke HCM. Saya suka!!! Dia plak layan je kitaorang berjam2… dan last2, tengok la. Sekali 3 orang beli tiket dengan dia. TERBAIK!!!

Bincang2 nak pergi mana
Sleeping Bus package
Kami pilih route untuk sleeping bus : Saigon-Nha Trang-Hoi An-Hue dan tiket flight dari Hue balik ke HCM
Total sorang bayar adalah USD57.

Haiiii~ perut dah lapar tapi tak tahu nak cari makan kat mana yang halal. Dah la dah tengah malam. Kami end up balik hotel jugak dan makan je roti yang kami bawak dr Malaysia. Good night sebab esok nak bangun awal. Bus bertolak pukul 8.30 pagi dari tempat kami beli tiket tu ye…… (esok kene bangun awal la ni sebab nk jalan lagi…huhu)

Friday, May 21, 2010

Jejak Kasih

Salam,

dah lama aku nak jejak kembali seorang kawan lama aku. Kami berkawan rapat sejak darjah 2. walapun masa darjah 1 dah duduk satu kelas, tapi time tu kami tak rapat lagi. hihihi. (kelas Mawar)
we are best friends. kat mana ada dia, ada aku. hihihi. klu pergi makan time rehat pun sama2. ingat lagi, kami bergilir2 bagi idea nak makan apa time rehat. sbb ada dua waktu rehat, satu waktu persekolahan biasa, satu lagi masa rehat fardhu ain. lepas dah decide nak makan apa, kami akan beli makanan yang sama. hihihi. (gembira rasa hati bile ingat balik saat ni).
tapi masa berlalu ngan pantas. masa darjah 4, kitaorg dh tak jadi rapat sangat. mungkin sama2 dah membesar. punya pendapat dan pandangan yg berbeza tentang semua perkara. tp kami masih dlm kelas yg sama......sampai darjah 6. sejak darjah 4,kami dah ada kawan masing2. aku tak ingat sangat dah lepas tu. aku tak tau the reasons why we are not BFF anymore. terlalu muda,tak mature sangat time tu.
she's an intelligent student. lepas UPSR, dia dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. ingat lagi aku time tu, dia sempat belajar kat Sek Men Keb Bachok sekejap je. =D
Lepas tu, aku tak tahu ke mana dia pergi. Tapi, 6 tahun kemudian.......... aku kat Banting buat persediaan tuk sambung pelajaran aku, aku dapat tau dari seorang kawan yg dia pernah belajar di sekolah yg sama sebelum datang Banting (sek men sains pengkalan chepa) . HEHEHE suka bila dapat tau kat mana dia sekarang. dan aku harap org yg dimaksudkan tu org yg sama yg aku jejak skrg ni
aku cuba cari dia kat friendster dan facebook, tp tak jumpa. bukan tak ingat nama, tapi mungkin dia tak letak nama sebenar dia kat internet. hmmm...susah ni. hari ini, aku try google je, upps, jumpa la. harap2 orang yg betul.
sometimes i feel stupid for losing my best friend =( . but everything happen so fast and weird. haha. i really hope to see her again one day. and her name is Nor Farhana bt Ruslan. that's why we are bff,nama sama.kidding.........hihihi =D

Tuesday, December 15, 2009

old friends

hahaha....funny,can't believe what is happening right now.

x sangka in one night,sy jumpe balik kawan2 lama sama se
kolah rendah n menengah dulu
hanya kerana sy upload 2 gambar kelas time form 2 n 3 kt facebook
lepas tu,ramai kawan2 add sana,add sini.meriah!!

alhamdulillah,
kita bertemu kembali
>ada yg lupa giler2 kwn 1 kelas (kesian both of them-->sorang merajuk sbb kwn x ingat die,sorang lagi stress cube bring back the memory)....hihihi.klakar
>ade yg ingat muka jer,name lupa
apa tak nye.semua dah macho2,cun2 bile dah besar.
pas tu,kite sume busy ngan study.sampai x de mase nk jumpe2.

apa2 pun,saya harap gambar2 tu dapat bawak balik memori ki
ta time sekolah dulu dan mengeratkn lagi tali silaturrahim antara kita yg dh nk putus daaa.....

thanks guys yg dah add sy.

harapan seterusnya:want to meet them face-to-face in the future.yea!