Tuesday, January 14, 2014

1 jam selepas aku lena......

14 Januari 2014, ~2.00 pagi

Pangsapuri Berembang Indah – tingkat 10

Aku masuk tido dalam pukul 1 pagi….. lebih kurang sejam lepas tu, aku terdengar suara wanita menjerit-jerit. Aku ingatkan masalah keluarga.Haish, aku nak tidur pun tak senang….pagi-pagi buta nak bergaduh jugak ke?
Sangkaan aku meleset selepas aku dapat dengar dengan jelas ‘1 PERKATAAN’ yang keluar dari jeritan wanita tu……..
API!  API! API!

Apa lagi…….. aku yang dalam keadaan separa sedar ni terus la SEDAR sepenuhnya. Melompat bangun dari tempat pembaringan aku (nk melompat turun katil x dapat la sbb x de katil…hahaha). Aku terus capai kain tuala untuk tutup kepala, ambil kunci & terus keluar dr rumah.
Dalam fikiran aku waktu tu, panik la jugak. Dah la kita ni tinggal tingkat 11. Takut jugak la kebakaran tu besar & tak dapat turun dr bangunan yg tinggi ni….HUHUHUHU……..

Rupanya, rumah sebelah rumah bawah aku yang terbakar tu.cuak jugak la….rumah bawah kita koooot…wawawa~~
Aku nampak api dari bilik depan rumah tu. aku tak pasti rumah tu ada orang ke tak. Tp rasanya ada sbb skrg bukan cuti sekolah…hmmm…ada kooot.

Nasib baik la, komuniti di pangsapuri berembang indah ni sama2 membantu padamkan api tu. Mereka guna air dari paip bomba tu.fuuhhh~
Lebih kurang 20 minit kemudian, Badan Operasi Mencegah Bencana Alam (BOMBA) datang. Agaknya org lambat inform bomba kot sebabnya balai bomba mmg dekat sangat la dgn pangsapuri ni.

Bilik yang terbakar tu agak teruk jugak. Dalam kegelapan bilik tu, aku dapat lihat,katil yg terbakar teruk, tikar getah pun terbakar. Tp Alhamdulillah, tiada nyawa yg hilang. Aku terdengar org ckp2, mmg bilik tu kosong. Nasib baik...sbb sebelum ni aku pernah nampak mcm ada budak dlm bilik tu.

* Once again, a nearly miss incident for me, same hazard which is FIRE, same location which is HOME and same situation which is I WAS SLEEPING*

Cuma yg berbeza untuk kali ini ialah, dulu aku yg hidu bau asap, tetapi kali ni aku dengar org menjerit je.

Alhamdulillah, tiada kejadian buruk berlaku. Tapi Kejadian ni menyebabkan FOBIA aku bertambah2 lagi la. Hmmm…. 
nampak tak BOMBA tu??

bilik yang terbakar tu. Pandangan dari dapur rumah aku