Monday, September 26, 2016

Virus

Virus itu SAKIT
Aku lemah, lemah sangat
Aku mahu meraung, menangis
Kerana aku tak tahan

Tapi kalau hati disakiti
Aku sudah boleh tahan
Tapi bukan bermakna kau boleh lukakan hati ini
Tak nampak matahari esok pagi la gamaknya
#bergurauje

Ubat yang ada
Tidak membunuh virus
Sekadar mengurangkan simptonnya sahaja

Monday, September 19, 2016

Tabir

Tabir di anjung rumah
Tiba-tiba terselak
Di tiup angin mungkin
Aku nampak kelibat manusia
Aku pergi singkap sedikit tabir
Intai-intai siapakah dia
Oh, orang lain
Aku tutup balik tabir itu

Tabir aku
Emas warnanya
Lembut kainnya
Sutra terbaik asalnya







Nukilan,

Ana,Nana,Nur,Hana,Na,Far,Farxxxx
19/9/2016
1242PM

Thursday, August 4, 2016

Kenapa Aku Tak Marah?

Kali ni aku tenang.
Kenapa aku tak marah?

Dan yang lepas juga aku jadi tenang.
Kenapa aku dah tak marah pada yang lepas?

Ini jawapannya....

Ia adalah jawapan dari Nya
Aku yang minta jawapan dari Nya
Jawapan yang dulu dan yang sekarang

Aku yakin jawapan Nya paling tepat

Sebab itu aku tenang

Thursday, July 21, 2016

Deja Vu

Berderau darahku
Sejuk tangan kakiku
Kan aku dah kata
Semua itu deja vu
Dan dia betul-betul berulang lagi

#iamprepared #butiamstillweak

RnR

Apakah penat sudah hilang,
Penat perjalanan jauh nan berliku,
Nyaman sungguh RnR,
Hilang lelah, hilang penat,
Tiba  masa untuk meneruskan perjalanan baru
Selamat tinggal RnR,
Kamu hanyalah tempat persinggahan...

#deep #janganlukakanhatiorang #beginwiththeendinmind