Friday, June 7, 2013

Umrah Penyucian Jiwa Di Tanah Suci (Bahagian 3)

26 Februari 2013

Perjalanan mesti diteruskan kerana destinasi sebenar belum sampai lagi. Perjalanan menaiki bas dari Jeddah ke Madinah mengambil masa 6 jam. Kami group 25 Februari 2013 melalui OmanAir ada 2 bas semuanya. Perjalanan dimulakan dengan doa dan taklimat ringkas daripada ustaz Rudy.

Dalam suasana malam yang gelap, bas2 kami melalui padang pasir. Perjalanan memang lancar krn jalan di Arab Saudi ini mmg bagus….lurus & berkeadaan baik. Aku apa lagi,amik kesempatan n ink lelapkan mata jap.

Dalam pukul 1.30am waktu tempatan, ustaz Rudy mengejutkan kami. Bas berhenti di sebuah kedai makan (masih di tengah2 padang pasir :S) untuk makan2. Pihak Andalusia dah sediakan makanan (dipek siap2, mcm makanan Indonesia àada ayam + tempe + nasi) dan juga air botol. Aku, ma & abah beli air the panas. Boleh segarkan mata.
Kedai makan kat tengah2 padang pasir

Hmm…ingat cerita aku kat Airport Jeddah? Kami yg paling lambat keluar ni sempat sembahyang kat airport tp yg keluar awal tu x sempat. Ye la, kami yg terakhir ni kene tunggu beg ustazah, so sbb x nak berpecah takut2 sesat, kami amik kesempatan sembahyang kat airport. Tambahan pula, mana la kami tahu group yg awal tu x sembahyang lagi.huhuhu.so,diorang turun je drp bas,terus ke surau berdekatan utk sembahyang jamak dulu.kami ni terus je serbu kedai makan.tehehe.

Jarak ke Madinah ada dlm 2 jam lagi. Lepas makan, perjalanan diteruskan balik.Abah sempat beli madu & habatussaudah (free sbb beli madu) yg dijual org arab.Masuk bas,aku terus sambung tiduuuuuuuur…tp ustaz Rudy dh janji akan kejutkan kami bila dh nk masuk kota Madinah Al-Munawwarah & baca doa masuk kota Madinah sama2 J

Alhamdulillah,Allah memberkati perjalanan kami. Dari kegelapan padang pasir, kami mula nampak cahaya. Madinah Al-Munawwarah (Bandar yg Bercahaya). Doa dibaca bersama2 & bas terus menuju ke hotel kami, Hotel Mubarak Silver.

Ahh,lega dh sampai.Ingat nk sambung tidur atas katil hotel.Tp bila dh sampai hotel,nampak org in rush (berpakaian solat). Nk kemana? Ak tny ma aku & ma kata diorang nk pergi sembahyang la tu.Jam kat tangan menunjukkan pukul 3.30am.Biar betul!!! Dan lepas letak2 beg, kami pun ken eke masjid jugak la.melepas aku nk sambung tido…huhuhu

w/pun pukul 3.30 pagi,org dh ramai ke Masjid Nabawi.Jarak dari hotel kami lebih kurang 200-250m je.Aku jadi x sabar nk sampai ke Masjid Nabawi.Langkah aku laju.Masakan tidak,selama ni tgk gambar je,tp sekarang tak lagi…siap boleh sembahyang kat sini.Alhamdulillah.

Masuk je masjid, dh nk penuh dah!MashaAllah…Aku & ma (abah ke ruang solat lelaki) terpaksa sembahyang kat atas lantai sejuk.dh la x bawak sejadah.mana la tahukan,ingatkan semuanya berkarpet,tapi x. Siapa cepat dia dpt la.1 perkara yg menarik kat sini, azan subuh ada 2 kali. Yg pertama 1 jam sebelum masuk waktu subuh tp dia x de “assolaa tu khoirum minannaum” Subuh kat sini dlm kul 5.30am,jadi kul 4.30am tu kita akan dengar azan pertama. Ma sempat nasihat, kat sini diaorg x baca doa Qunut, jadi kene amik peluang iktidal yg panjang skit tu untuk baca doa Qunut (kita kn ikut mazhab Shafie). Sempat sangat la sebenarnya…hihihi

Lepas solat, kami balik ke hotel.Breakfast & bersiap utk program ziarah dalam Masjid Nabawi.



…..bersambung kisah menarik di Raudah,insyaAllah.

No comments: