25 Februari 2013
7-8 jam perjalanan dalam kapal terbang Oman Air. Kapal dia
kecik nak dibandingkan dengan kapal MAS yang pernah sy naik masa pergi USA.Tp x
pe la, perjalanan selama 8 jam ni….boleh dimaafkan. Klu ke US dulu,perjalanan
17 jam,tak sanggup la klu naik kapal terbang kecil.takut2 tak sampai…huhuhu.
Laluan Oman Air adalah dari KLIA – melintasi Negara India
dan terus ke Oman. Ada 1 pengalaman yang menakutkan. Berlaku turbulence masa
kami melintasi kepulauan Andaman. Semua penumpang terkejut + takut. Tak lama
pun turbulence tu….x sampai 1 minit pun. Aku tenang je,Alhamdulillah, tak de
apa2.
route from KLIA to Muscat,Oman |
Kami tiba di Oman International Airport dalam kul 12pm waktu
Oman. Suhu kat Oman time tu sejuk la jugak walaupun ada matahari terik. Lebih kurang
suhu time spring yang menghampiri summer (~26oC). Kami transit je
kat situ lebih kurang 4 jam. Agak bosan la kene transit lama2. Currency exchange
antara RM & OMR (Oman Riyal) 1OMR:7.94RM waaaaaaaaaarr!! Dasyat! Dan 1OMR:2.6USD…boleh
tahan besar gak duit Negara Oman ni.Nasib baik aku ada bawak duit US Dollar…boleh
beli2 fridge magnet Oman sebagai cenderahati. (pakai USD x Nampak sangat
besarnya nilai duit Oman ni…huhuhu)
Muscat International airport |
Masih 25
Februari 2013…penerbangan dari Oman ke Jeddah mengambil masa lebih
kurang 4 jam. Kami dijangka sampai pukul 7.00 mlm di Jeddah. Kapal terbang meluru
laju mengejar matahari yang sedang terbenam. Cantik.
menuju terus ke arah matahari terbenam |
Ada yang lagi sadis dari kene beratur lama ni….kan group
Oman ada 2 groups.aku yg di group pertama ni sampai & beratur dulu di
kaunter,tp yg group lagi 1 yg siap dulu.apa tidaknya…bila masa dibukak kaunter
sebelah kami tu pun kami x tau (kauter tu terlindung ngan dinding,so ak x tau
la kauter lagi satu dh dibuka & lagi laju dari kaunter kami sekarang ni). Plus
x de org nk inform kami.huhu.beratur di belakang kami ialah mutawwif group
kami,ustazah Norizan. Nasib baik dia ada dibelakang,takut jugak la ditinggalkan
mutawwif.dh la aku x reti ckp arab. Nak ditambah kesadisan lagi.sampai je turn
aku nk bagi passport + visa, officer yg kat kaunter tu kata dia nk kene pi
sembahyang Isyak dulu. Mungucap kami semua.tp x pe la, aku intai2 dia,mmg dia
pergi sembahyang. Lepas sembahyang,dia terus ke arah kami dan selesaikan segala
passport + visa. Finally, yeay!! Ak dapat jejak kaki ke Arab Saudi tanpa
sebarang masalah. Alhamdulillah.
Dan aku + ma + abah +
ustazah Norizan + kawan dia + keluarga besar ber 7 (mak+ ayah{org Kelantan kawin
ngan org Pahang}+2 anak perempuan+ menantu {dia kerja ngan Petronas & skrg
ditugaskan bekerja di Oman}+2org cucu lelaki)…err apa punya panjang explanation adalah orang yang last sekali………kesian
org lain yang kene tunggu kami.
(apa yang menarik jugak pasal travel agency ni, mutawwif diorang x kan tinggalkan kita bersendirian. contohnya, mutawwif dari group satu lagi tetap menunggu
bersama kami kt dalam tu jugak {w/pun x de pun org dr group dia bersama kami dah pun time tu & mutawwif kami pun masih ada bersama - mungkin gak sbb dia tu lelaki & kt saudi ni tau2 je la perbatasan antara lelaki-perempuan} untuk memastikan semua org x de masalah kat imigresen,terima kasih daun keladi :) … membantu jugak la kan…mana tau
dia boleh ckp Arab,x de la aku terkial2
menangis2 x tau nk buat apa kt dalam tu if something goes wrong.scary
okey kt tmpt imigresen cam ni…cam pengalaman aku kat US dulu…huhuhu)
Lepas selesai urusan imigrasen, kami cepat2 pi amik beg2
kami dan keluar dari situ. Kat luar tu, kami kene yakin sepenuh hati utk
menyerahkan passport kami kat org arab yg tgh tunggu kat luar pintu. Sebab pihak
Andalusia dh gitau. Agak keras gak tangan aku nk bagi passport tu,kang org tu
tipu, jagi PATI la aku kat Negara arab tu…….huuu x mau! X mau!
Kat luar, x de org Malaysia yg lain2 dah.Mana diorang
pergi?? Bila dh kt luar,ada lagi masalah menimpa kami….beg ustazah hilang.since
beg dia buka bercap Andalusia (beg dia berwarna coklat) so, petugas Andalusia x
terfikir la nk tolong amik kan. Plus,kami kan org last selesai urusan
imigresen, so banyak kemungkinan boleh berlaku kat beg2 ini.huhuhu.kesian
Ustazah. Stroller baby keluarga bersar ber7 pun terlupa nk amik.hadooi.klu nk
amik brg tu,kene ada passport & dengan budi bicara pegawai kastam dulu baru
boleh masuk balik ke balai ketibaan tu.Alhamdulillah, stroller dapat balik tp
beg ustazah x jumpa2.
Aku dh x kisah pukul berapa dh time tu,segala masalah yang
berlaku kat group last ni buat aku x jetlag. 5 jam kebelakang je pun.tehehe.
penat memang penat,tambah lepas ni kene tempuhi perjalanan selama 6 jam pulak
nak ke Madinah tp sebab segala masalah yg menimpa kami ni especially beg
ustazah yg hilang tu,aku kuatkan semangat untuk terus kekal
bertenaga.demi ustazah! :)
Eh,terlupa pulak pasal org lain.mana diorang ek?? Kesian diorang
kene tunggu kami kt dalam bas. Maafkan kami!!maafkan kami!! Bukan kami
sengaja,tp bende ni berlaku tanpa diduga. Allah nak uji kami & kalian semua
la kot.kita sama2 bersabar ye.
Beg ustazah mmg x jumpa.tp dh gtau petugas kt situ,kalau
jumpa diminta tolong hantarkan. Kami terus ke bas yg menunggu kat
luar.perjalanan masih panjang~ sepanjang cerita 25 Februari 2013 yg x habis2 lagi ni. (ak dh penat
taip dh ni ooiii)
Perjalanan ke Madinah, meredah malam hari di tengah padang
pasir akan bermula.Kami,group ustazah Norizan diperkenalkan mutawwif baru yg
akan bekerjasama ngan ustazah semasa di tanah suci ini. Ustaz Rudy. Indonesian
guy.very nice + knowledgeable (mungkin dia ni pelajar di Arab Saudi/dh lama
bekerja ngan Andalusia). MashaAllah,hebat ustaz Rudy ni…Alhamdulillah aku di temukan
dgn org yg penuh ilmu di dada.
No comments:
Post a Comment