Friday, September 15, 2017

LadyBird

1600
14 September 2017
23 Zulhijjah 1438
Katil 1
CRW
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Dia Pergi

Perginya seorang insan
Ibu yang tidak mengandungkan aku
Tapi kasih sayang yang dicurahkan seperti seorang ibu
Jaga diri, jaga kesihatan tak pernah kering daripada mulutnya
Untuk anak asuhannya sedari dari kecil

Kain yang tak dituntut
Aku fikir warna & corak ini pasti cantik dibadannya
PerancanganNya, kain tidak sampai tepat pada waktunya
Sepatutnya diterima semasa Raya Aidilfitri 2017
Tetapi sampai hampir Raya Aidiladha 2017

Perancangan awal hanya poskan sahaja ke rumahnya di Padang Tengku, Kuala Lipis
Mungkin sempat dijahit untuk Raya Haji
Tapi aku ubah fikiran saat akhir
Kenapa tidak aku bawa kepada dia hari pertama Hari Raya Aidiladha sambil bawa daging korban
Okay, aku yakin dengan rancangan ini

10 Zulhijjah 1438, panggilan telefon dari seseorang di pagi raya
Aku angkat. Suami dia
1 September 2017
10 Zulhijjah 1438
Katil 5
Wad Temenggong
Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Dia terlantar, tak sedar, jantung lemah

Pak cik kata dia dah tenat
Tapi aku tetap dengan pendirian positif aku
Dia akan sihat
Apa-apa jadi, dia akan sihat dan bangun kembali
Ya, aku degil

Aku perlu pergi juga jumpa dia
Hari ni juga
Tidak mahu sejarah arwah nenek berulang
Kain ditinggalkan di rumah
Aku antara dua, nak bawa (kalau dia sihat balik) atau tinggalkan di rumah (kalau sebaliknya berlaku)
Hujan lebat sepanjang perjalanan ke hospital
Aku doa dia sembuh kembali
Doa dan doa dan doa
Pukul 5 petang lebih, aku sampai hospital
Aku masuk wad
Dia tak sedar, aku tak reti baca rekod doktor
Aku degil
Ya, dia pasti akan bangun nanti!!

Cuti habis
Aku balik bekerja
Aku degil, aku doa banyak-banyak, aku nak dia bangun sihat kembali
Aku degil, sikit pun aku tak fikir dia akan meninggalkan aku seawal ini
Aku degil, sangat degil

14 September 2017
Aku dapat panggilan dari Pak Cik
Dia dah tiada............


*******************************************************************************

Sebagai seorang anak kecil......................
Aku tiada ingat yang kuat
Untuk imbas kembali

Aku ingat sikit sangat
Kisah ladybird
Di rumah lamanya di Gunong
Rumah kayu
Tapi nyaman sebab sebelah dengan bukit Gunong
Aku kecil lagi
Duduk di pintu dapur, mengadap ke luar
Ada pokok lada kecil dalam polibag
Ada ladybird
Aku main dengan ladybird
Aku tak ingat apa dia tengah buat waktu itu
AKu hanya dengan dunia aku sendiri waktu itu

*satu-satunya kumbang yang aku tak takut sampai sekarang - LADY BIRD

Dia pernah bercerita pernah dukung aku sana sini, belikan baju, selipar baru
Tapi sayang satu pun aku tak ingat
Aku terlalu kecil
Maafkan aku


******************************************************************************

Kepada Allahyarhamah Ma Ani,

Tenang la ma ani di sana
Ma ani terlantar sakit di hospital pun seperti tidur je
Tiada kepayahan untuk bernafas pun walaupun wayar-wayar ubat bersirat
Terima kasih atas nasihat ma ani
Adik na akan cuba ikuti

Bye Ma Ani,


Kita jumpa di Syurga nanti ye...

Adik Na




No comments: