Sunday, May 19, 2013

Penyucian Jiwa (Bahagian 2)


25 Februari 2013

7-8 jam perjalanan dalam kapal terbang Oman Air. Kapal dia kecik nak dibandingkan dengan kapal MAS yang pernah sy naik masa pergi USA.Tp x pe la, perjalanan selama 8 jam ni….boleh dimaafkan. Klu ke US dulu,perjalanan 17 jam,tak sanggup la klu naik kapal terbang kecil.takut2 tak sampai…huhuhu.

Laluan Oman Air adalah dari KLIA – melintasi Negara India dan terus ke Oman. Ada 1 pengalaman yang menakutkan. Berlaku turbulence masa kami melintasi kepulauan Andaman. Semua penumpang terkejut + takut. Tak lama pun turbulence tu….x sampai 1 minit pun. Aku tenang je,Alhamdulillah, tak de apa2.

route from KLIA to Muscat,Oman
Dalam kapal terbang, kami dihidangkan sarapan pagi.ada sate~~ ma & abah pilih menu sate, tp aku pilih menu lain (scramble egg & sausage) – saje gatal nk rasa makanan lain.tehehe. sepanjang 8 jam perjalanan tu,kami dihidangkan 2 kali makan…yg satu lagi tu very light nye makanan.pastry berintikan sayur2 ala2 makanan org oman gitu.

Kami tiba di Oman International Airport dalam kul 12pm waktu Oman. Suhu kat Oman time tu sejuk la jugak walaupun ada matahari terik. Lebih kurang suhu time spring yang menghampiri summer (~26oC). Kami transit je kat situ lebih kurang 4 jam. Agak bosan la kene transit lama2. Currency exchange antara RM & OMR (Oman Riyal) 1OMR:7.94RM  waaaaaaaaaarr!! Dasyat!  Dan 1OMR:2.6USD…boleh tahan besar gak duit Negara Oman ni.Nasib baik aku ada bawak duit US Dollar…boleh beli2 fridge magnet Oman sebagai cenderahati. (pakai USD x Nampak sangat besarnya nilai duit Oman ni…huhuhu)

Muscat International airport
Hmmm…masih di airport Oman :P kami sembahyang jamak qasar Zohor & Asar kat sini. Lepas sembahyang, teruskan aktiviti melepak. Aku amik kesempatan ni pi jalan2 dalam airport ni, amik gambar sikit2 & beli souvenir untuk kenangan dah pijak bumi Oman ni. Pukul 4.40pm nnt, kami akan mula bertolak ke Jeddah…


 


Masih 25 Februari 2013…penerbangan dari Oman ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami dijangka sampai pukul 7.00 mlm di Jeddah. Kapal terbang meluru laju mengejar matahari yang sedang terbenam. Cantik.

menuju terus ke arah matahari terbenam 
Sampai di Jeddah Airport, segala urusan imigresen perlu dilakukan. Kami kumpulan pertama org Malaysia sampai kat situ. Apa lagi, sy terus ikut rombongan kami ke kaunter. Time tu kaunter sebelah kiri shj yg dibuka.kami beratur dibelakang kumpulan dari Pakistan/India. Lama giler kene beratur. Naik tension…tp aku sabar.dugaan kot. Org yg nk masuk ramai, tp 3 kauter je yg dibuka.hadooii!!

Ada yang lagi sadis dari kene beratur lama ni….kan group Oman ada 2 groups.aku yg di group pertama ni sampai & beratur dulu di kaunter,tp yg group lagi 1 yg siap dulu.apa tidaknya…bila masa dibukak kaunter sebelah kami tu pun kami x tau (kauter tu terlindung ngan dinding,so ak x tau la kauter lagi satu dh dibuka & lagi laju dari kaunter kami sekarang ni). Plus x de org nk inform kami.huhu.beratur di belakang kami ialah mutawwif group kami,ustazah Norizan. Nasib baik dia ada dibelakang,takut jugak la ditinggalkan mutawwif.dh la aku x reti ckp arab. Nak ditambah kesadisan lagi.sampai je turn aku nk bagi passport + visa, officer yg kat kaunter tu kata dia nk kene pi sembahyang Isyak dulu. Mungucap kami semua.tp x pe la, aku intai2 dia,mmg dia pergi sembahyang. Lepas sembahyang,dia terus ke arah kami dan selesaikan segala passport + visa. Finally, yeay!! Ak dapat jejak kaki ke Arab Saudi tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

Dan aku + ma + abah + ustazah Norizan + kawan dia + keluarga besar ber 7 (mak+ ayah{org Kelantan kawin ngan org Pahang}+2 anak perempuan+ menantu {dia kerja ngan Petronas & skrg ditugaskan bekerja di Oman}+2org cucu lelaki)err apa punya panjang explanation adalah orang yang last sekali………kesian org lain yang kene tunggu kami.
(apa yang menarik jugak pasal travel agency ni, mutawwif diorang x kan tinggalkan kita bersendirian. contohnya, mutawwif dari group satu lagi tetap  menunggu bersama kami kt dalam tu jugak {w/pun x de pun org dr group dia bersama kami dah pun time tu & mutawwif kami pun masih ada bersama - mungkin gak sbb dia tu lelaki & kt saudi ni tau2 je la perbatasan antara lelaki-perempuan} untuk memastikan semua org x de masalah kat imigresen,terima kasih daun keladi :) … membantu jugak la kan…mana tau dia boleh ckp Arab,x de la aku terkial2  menangis2 x tau nk buat apa kt dalam tu if something goes wrong.scary okey kt tmpt imigresen cam ni…cam pengalaman aku kat US dulu…huhuhu)

Lepas selesai urusan imigrasen, kami cepat2 pi amik beg2 kami dan keluar dari situ. Kat luar tu, kami kene yakin sepenuh hati utk menyerahkan passport kami kat org arab yg tgh tunggu kat luar pintu. Sebab pihak Andalusia dh gitau. Agak keras gak tangan aku nk bagi passport tu,kang org tu tipu, jagi PATI la aku kat Negara arab tu…….huuu x mau! X mau!

Kat luar, x de org Malaysia yg lain2 dah.Mana diorang pergi?? Bila dh kt luar,ada lagi masalah menimpa kami….beg ustazah hilang.since beg dia buka bercap Andalusia (beg dia berwarna coklat) so, petugas Andalusia x terfikir la nk tolong amik kan. Plus,kami kan org last selesai urusan imigresen, so banyak kemungkinan boleh berlaku kat beg2 ini.huhuhu.kesian Ustazah. Stroller baby keluarga bersar ber7 pun terlupa nk amik.hadooi.klu nk amik brg tu,kene ada passport & dengan budi bicara pegawai kastam dulu baru boleh masuk balik ke balai ketibaan tu.Alhamdulillah, stroller dapat balik tp beg ustazah x jumpa2.

Aku dh x kisah pukul berapa dh time tu,segala masalah yang berlaku kat group last ni buat aku x jetlag. 5 jam kebelakang je pun.tehehe. penat memang penat,tambah lepas ni kene tempuhi perjalanan selama 6 jam pulak nak ke Madinah tp sebab segala masalah yg menimpa kami ni especially beg ustazah yg hilang tu,aku kuatkan semangat untuk terus kekal bertenaga.demi ustazah! :) 

Eh,terlupa pulak pasal org lain.mana diorang ek?? Kesian diorang kene tunggu kami kt dalam bas. Maafkan kami!!maafkan kami!! Bukan kami sengaja,tp bende ni berlaku tanpa diduga. Allah nak uji kami & kalian semua la kot.kita sama2 bersabar ye.

Beg ustazah mmg x jumpa.tp dh gtau petugas kt situ,kalau jumpa diminta tolong hantarkan. Kami terus ke bas yg menunggu kat luar.perjalanan masih panjang~ sepanjang cerita 25 Februari 2013 yg x habis2 lagi ni. (ak dh penat taip dh ni ooiii)

Perjalanan ke Madinah, meredah malam hari di tengah padang pasir akan bermula.Kami,group ustazah Norizan diperkenalkan mutawwif baru yg akan bekerjasama ngan ustazah semasa di tanah suci ini. Ustaz Rudy. Indonesian guy.very nice + knowledgeable (mungkin dia ni pelajar di Arab Saudi/dh lama bekerja ngan Andalusia). MashaAllah,hebat ustaz Rudy ni…Alhamdulillah aku di temukan dgn org yg penuh ilmu di dada.