Thursday, November 4, 2010

tegur menegur lah sesama kita

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

dah berhantu,bersarang burung,bersarang labah-labah dah blog ni...huhuhu
mah la saya conteng-conteng skit dinding blog ni
hari ni saya nk bercerita pasal masalah umat kita
jom sama2 muhasabah diri

kadang2,kita terasa nk tegur orang...
hello,hi,salam,assalamualaikum, tak jawab berdosa. =D
kadang2,teguran kita disambut baik,kadang2x tak.... =(
kita.......
 l
 l
 l
V
tegur bukan nk tunjuk diri ni pandai
tegur bukan bermaksud diri ni biadap
tegur bukan bermaksud .....

tapi tegur bersebab
tegur boleh jadi sebab dia ada buat salah,jadi nanti org tu sedar dia buat salah dan dia x akan buat lagi
sebab kadang2 kita x sedar apa yg kita buat
tegur juga boleh jadi org tu nk bagi idea kat kita,bukan saja2 nk tunjuk pandai
sebab kadang2 otak kita x terfikir pasal idea tu.mngkn kita ada idea kita sendiri,tp idea org lain boleh jadi lagi bernas,lagi bagus dari kita...........ambil la idea tu selagi tak memudaratkan diri kita.

adakalanya orang yang menegur ditegur balik,
mana boleh org kecik tegur org besar
kononnya org ini masih kurang pengalaman ataupun kurang ilmunya dari kita
tak semestinya.............org yang usianya lagi muda dari kita,tapi lebih rajin mencari ilmu dari kita,ilmunya entah2 berlipat kali ganda banyaknya dari kita,,,,,........*malu tak*
kita yg usia dah besar ni,sebelum membantah nasihat org,cuba la bawak fikir panjang2 dulu idea or teguran tu.kata berpengalaman,....dah lama hidup.betul tak?
jangan la cepat marah.sebab bila kita marah,emosi mengawal kita.segala tindak tanduk kita dikawal oleh emosi,bukan dikawal oleh ilmu yang kita belajar 20-30-40 tahun lalu.kalau terasa nk marah......mulut tu tutup dulu,lepas tu:
kalau berdiri,duduk
kalau duduk,tidur
kalau x jadi jugak,pergi amik air sembahyang la..........buat solat sunat ke,apa ke...
tak pun,kalau org tu sakitkan hati kita,cuba ucapkan doa ini "semoga Allah mengampuni kami,wahai Si Polan"
insyaAllah,kita x akan rasa nk mengumpat dah dia lepas tu.(ini khutbah jumaat kat universiti saya 29 Oktober 2010 yg lalu)

SEKADAR BERKONGSI PENDAPAT DAN ILMU

"yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya,dan yang baik itu datangnya dari Allah"
jika tersilap bicara,mohon ampun dan teguran.

bak kata orang
"buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
saya budak masih belajar
kalau salah tolong tunjukkan."

salam with love =)

No comments: