Wednesday, June 30, 2021

Aku tidak layak dalam Kumpulan Kamu

 Aku sebagai pekerja yang biasa2, slalu la dicampak dari satu projek ke projek yang lain. Kadang2 dapat projek yang dah nak mati, org lain tak nak tgk pun kerja tu, aku je la layak tengokkan.

Masuk plak satu Kumpulan B ni. Ye, semua dlm tu pekerja2 mereka tiptop of the world la. Waktu santai2, aku pun nk la mencelah dlm gurauan senda Kumpulan B tu, tp sepanjang dlm Kumpulan B ni & seingat aku, tak pernah lagi mereka respond dkt balasan2 aku samada di whatsapp group atau MT. Pastu cakap aku tak pandai bergaul, pendiam. HAAATUIII ko!!! Walau byk kali kena, aku tebalkan muka nak jugak masuk dengan korang, ye la. Bila dh ada good bonding, good communication pun boleh dapat la kan, alaaa sama macam korang2 dlm Kumpulan B tu la.

Teruk tak tak teruk aku rasa, budak2 baru yang masuk dlm Kumpulan B pun dapat layanan baik, terus 'click' la org kata. Aku ni apa weeh!!! Maybe yg baru2 masuk ni pun jenis tiptop of the world kot. 

Nasib baik la aku ada dalam Kumpulan TWLAP ni. Diaorng baik2. Aku tny soalan pun jawab je ramai2. Share pendapat masing2 ikut discipline masing2. Ini la yang aku nak cari. Tak kedekut ilmu, buat rasa kita satu keluarga besar. Semangat nak bagi yang terbaik tu boleh mencanak2. 

Tapi tu la, dah 3 tahun aku dlm Kumpulan B. Sejujurnya, aku tak sabar nak kluar dari Kumpulan B walaupun aku ada sorang kawan baik dlm tu. Aku rasa, dia sorang je tak judge aku. 


Sunday, February 21, 2021

Kita Tak Mungkin Pakai Kasut Orang Lain

 Assalamualaikum,


Dah jam 2:50 pagi, 21 Februari 2021. Tiba-tiba idea menulis datang. Bukan idea sangat tapi lebih kepada luahan perasaan. Sila baca dan bincangkan dengan hati terbuka.


        Dah setahun 2 bulan virus Covid19 menyerang dunia. Semua orang terjejas, dari sakit, kematian, kehilangan orang tersayang, kehilangan kerja, terpisah dengan orang tersayang, tersekat dari melakukan perkara-perkara normal. Kita di Malaysia (tidak termasuk golongan kayangan) disuruh mengikut SOP, kalau tak kena saman. Pahit untuk diterima ketidakadilan ini tetapi tiada apa boleh buat.

        Aku tiada niat nak menjatuhkan usaha masing-masing, ye...sebab semua orang ada usaha masing-masing untuk meneruskan hidup di dunia ini. Sebab tu wujud pelbagai jenis pekerjaan di dunia ini. Contohnya seperti di bawah: 

  • Doktor - menyelamatkan nyawa manusia
  • Petani & Nelayan - membekalkan sumber makanan kepada manusia
  • Menteri - mentadbir 
  • Tukang rumah - membina tempat berteduh
  • Jurutera - menyediakan keperluan manusia bersesuaian dengan kepakaran masing-masing
  • Suri rumah - menguruskan rumahtangga
  • Penjual - menjual barang-barang yang diperoleh daripada petani & nelayan kepada manusia
        Setiap orang akan memakai kasut masing-masing. Tidak mungkin doktor boleh pakai kasut petani, tidak mungkin penjual boleh pakai kasut menteri. Mungkin ada yang cakap dia cuba untuk memakai sebelah kasut, tapi aku percaya "the feeling" tu tak sampai. Kecuali dia terpaksa 360 darjah bertukar kerjaya. Maka tertukarlah kasut mereka. 

        Disember 2019 hingga sekarang, kerjaya yang dikenali sebagai "frontliner" ni sudah tidak asing lagi dari kanak-kanak hingga ke orang tua. Kerana kasut yang dipakai mereka berserta kepakaran yang telah mereka belajar selama 6 tahun dan lebih. Tidak diakui lagi. Tiada jenis kasut lain selain kasut doktor mampu untuk menyelamatkan manusia dengan pandemik Covid19 sekarang ini. 2 tahun yang memenatkan. Kerja shift, 24 jam, ke sana ke mari, tidak sempat makan, ada yang pengsan, keguguran, penat dan macam-macam. 

        Sedar tak, setiap kasut ini punya ujian masing-masing? Pasti pelik kalau ujian membasmi virus ini ditimpa oleh kasut si Nelayan? Ujian si kasut Nelayan pasti la musim tengkujuh, ombak besar, kapal hancur berkecai dipukul ombak & ketiadaan ikan walaupun sudah ke laut seharian. Apakah perlu setiap kasut-kasut ini berasa ujian yang dihadapi sekarang hanya ditimpa olehnya sahaja, dan bukan orang lain? Tidak!!! Tak perlu pun rasa seperti itu, sebab ujian itu khas untuk kasut itu dan setiap kasut ada ujian masing. Kesimpulannya, semua kasut pasti hadapi ujian masing-masing walaupun mungkin berbeza waktunya. 

        Musim pandemik, kita boleh nampak, solusi terbaik adalah semua orang jangan keluar dari rumah masing-masing. Memang pasti virus ini dapat dikawal dan sekaligus dapat menyelesaikan masalah ini. Betul, kan? Tak penat kerja "frontliners" kita. Tapi macam mana kasut-kasut lain ini (kecuali kasut menteri & warga kayangan) hendak meneruskan hidup. Kita bukan virus yang hidup tidak perlukan makanan. Jika kata menteri kita ini terbaik di dunia, bagi duit sara hidup untuk semua rakyat, pada satu saat, kita perlukan kasut-kasut ini untuk keluar bekerja juga. Mana mungkin ikan di laut melompat masuk peti sejuk rumah kita tanpa nelayan, mana mungkin padi tumbuh dan diproses jadi beras sendiri tanpa petani. 

JADI, ADAKAH MUNASABAH UNTUK KITA SEMUA DUDUK DIAM-DIAM DI RUMAH UNTUK MEMUTUSKAN RANTAIAN VIRUS COVID19?

        Aku nak bercerita sedikit la berkenaan kami si Jurutera Petroleum ni pulak. Ye, nampak macam nak masuk bakul angkat sendiri, kan? Tp ini contoh daripada pengalaman di pemakai kasut jurutera minyak dan gas pula. Zaman Covid19 ni nampak macam tak ada ujian je kan dekat pemakai kasut ini. Sebab ujian membasmi virus bukan ujian kami. Ye, betul. Ujian kami lebih kepada apabila harga minyak dunia jatuh. Bayangkan sehingga lagi murah daripada harga sebotol air mineral! Jika anda tahu berapa kos untuk menggali satu lubang minyak itu (belum termasuk kos sebelum gali dan selepas minyak keluar), harga lagi rendah dari sebotol air itu sangat-sangat la rendah. Itu harga rugi. Umpama kau menjual sehelai baju. Kos menanam pokok kapas, memetik, memproses menjadi benang dan kain dan akhir sekali menjahit sehelai baju itu RM100, tapi dijual dengan harga RM20. Apakah itu rugi? Begitu lah kami, sama je.

        Bagi jurutera yang bekerja dari pejabat (tidak keluar ke plantar minyak/gas), kami masih boleh teruskan bekerja dari rumah (ini bagi kes Covid19). Tapi ujian kami apabila harga minyak dunia jatuh merudum. Orang luar tak nampak apa yang kami hadapi di pejabat. Banyak projek terpaksa ditangguhkan. Tapi jangan ingat ia berhenti di situ sahaja. Kami nak makan apa kalau tiada gaji. Bos-bos pun nak hidup. Apa yang orang awam tak nampak ialah kami terpaksa kerja siang malam, fikir macam mana nak kurangkan kos untuk menjadikan sesebuah projek itu mampu diteruskan. Itukan memang kerja jurutera? Benar, kerja kami, ujian kami. Tapi ini diluar normal kami. Sama la kes sekarang doktor-doktor terpaksa kerja lebih masa. Merawat tu kerja mereka kan? Tapi situasi semasa memaksa mereka bekerja diluar normal. Untuk para "frontliner", manusia-manusia ni boleh faham sebab dia nampak doktor menyelamatkan nyawa manusia, tapi kami yang hanya mencari minyak/gas ni, tidak menyelamatkan manusia sehingga ada manusia yang "tidak memahami" sanggup memarahi kawan saya kerana harga minyak petrol ketika itu naik mendadak. Dia diserang kerana dia memakai "lanyard" syarikat minyak ketika itu. Hey!!! kami tidak mengawal harga minyak dunia. Sejak hari itu, dia trauma. Dia tidak lagi berani menunjukkan identiti sebenar dia, tidak lagi berasa bangga menjadi seorang yang menyumbang sesuatu untuk negara tercinta. 

SILA FAHAM JUGA YE, NEGARA MALAYSIA NI DAPAT ROYALTI DARIPADA HASIL MINYAK & GAS INI. WALAUPUN SYARIKAT KAMI MENGALAMI KERUGIAN, MASIH TERPAKSA BAGI ROYALTI YANG BANYAK. INI YANG KAMU TAK NAMPAK

Harga minyak dunia


        Kami pun berkorban di masa pandemik ini tapi tiada siapa yang kisah. Bonus tiada, kenaikan pun macam tiada. Mungkin orang cakap dah kaya masih mahu bonus, kenaikan gaji. Perlu tahu ye, tahun 2020 harga minyak jatuh mendadak, kami bekerja keras pakai otak jugak ye. Tak bersyukur? Ye, bersyukur masih diberi peluang kerja. Ada kawan-kawan kami yang diberhentikan kerja terutama sekali daripada pihak "service provider". Projek daripada kami makin kurang, sudah tentu lubuk rezeki mereka berkurang juga. Sama la kesnya dengan juruterbang dan peramugari. Berkurang orang bergerak menggunakan kapal terbang, berkurang la peluang mereka untuk bekerja. Itu sebab ramai yang dibuang kerja. Syarikat kami mampu bagi royalti yang tinggi kepada negara sedang keuntungan syarikat yang sedikit atau mungkin negatif. Tapi kami pekerja tidak di beri apa-apa imbuhan. Aku tak bercakap berkenaan peluang pekerjaan ye, ini berkenaan hadiah atas usaha. Aku rasa, kami semua sudah sepakat hati, tak pe, kita penat bekerja, tak dapat imbuhan tak apa, asalkan masih lagi ada peluang untuk bekerja. Alhamdulillah. 

KADANG-KADANG AKU TERASA JUGAK BILA ADA ORANG BERGEMBIRA APABILA HARGA PETROL MURAH. ISI RM30 DAH "FULL TANK". BILA ANDA DAPAT MINYAK MURAH, KAMI SEDANG TIDAK LENA TIDUR. TAPI BILA MINYAK MAHAL, BUKAN KAMI NAK MEYEKSA KAMU SEMUA, KAMI PUN TIDAK LAH DAPAT HIDUP MEWAH, MALAH DAPAT MEMBERI LEBIH KEPADA NEGARA TANPA MENYEKSA DIRI SENDIRI. 

        Itu bab kerja. Macam mana bab emosi pulak. Duk rumah je la selama-lamanya, baru tak de Covid. Benar. Virus tak dapat nak hinggap la lak. Tapi jangan lupa, penyakit ni bukan je fizikal, emosi pun penyakit jugak. Kita sudah mampu pakai kasut yang selesa, tidak bermakna orang lain pun sedang pakai kasut yang selesa. Ada orang yang terpaksa mencari rezeki jauh dari ibu bapa. Dah nak buat macam mana, memang rezeki dia ditentukan di situ. Pernah tak nak fikir perasaan rindu kami dekat ibu bapa di kampung dan adik beradik lain? Lebih-lebih lagi buat mereka yang bujang. Tiada suami, isteri & anak-anak untuk menghilangkan perasaan kesunyian ini. Benarkah apa yang aku fikir ni, bagi orang yang sudah bekeluarga, pergantungan pada ibu bapa akan dibahagi 2, iaitu dangan pasangan masing-masing. Takkan la dah kawen tapi kalau perlu kasih sayang nak cari mak ayah lagi kan? mesti la cari pasangan dulu... kata nk sehidup semati, berkasih hingga ke syurga. Tak gitu? 

        Kami yang bujang ni, nak meluah kat siapa? Kawan serumah? Itu kalau yang jenis baik. Kalau kena yang buat hal sendiri, mati kutu kau!! Duduk rumah selama-lamanya untuk kosongkan kes covid, ye, boleh, tapi...macam mana kami yang bujang- bujangga ni nak jumpa pasangan. Jangan sebab anda dah bahagia, kami ni diabaikan. Bukan nak suruh peduli kami pun, aku okay je ni, setakat ni la, cuma cara cakap itu tidak betul.Tidak pula aku dengki dengan rezeki masing-masing, nama pun rezeki masing-masing kan. 

CUMA APABILA KITA SUDAH GEMBIRA, TIDAK SEMUA ORANG GEMBIRA. APABILA KITA BERSEDIH, TIDAK SEMUA ORANG MAMPU MEMAHAMI KESEDIHAN KITA. 
KERANA, KITA TIDAK MUNGKIN PAKAI KASUT ORANG LAIN.



hati-hati apabila bercakap, fikir sebelum luahkan. perasaan kekayaan mampu menjadikan kita riak dan perasaan kemiskinan mampu menjadikan kita tidak bersyukur.

Sunday, February 7, 2021

Macam mana nak sebut "wild" & "wilderness"

 Assalamualaikum,

Sejak semalam, aku terbaca ciapan sorang artis terkenal tanah air dan juga seorang yang sangat bagus dengan bahasa Inggeris. Mungkin beliau seorang guru atau graduan Bahasa Inggeris. Saya tak sempat nak selidik lebih mendalam tentang beliau.


Jadi, isu semalam berkenaan cara sebut "wild" dan "wilderness". Seperti ada kaitan dengan penyampai berita TV3 juga sebab TV3 ditag dalam ciapan beliau. Aku dah bertahun tak ada tv, jadi memang tak tau apa2 la.haha


Harini kebetulan pula tengah tengok TV1 online, terdengar perkataan "wild" disebut dalam cerita kartun dan "wilderness" dalam iklan rancangan TV1. Jadi macam mana cara betul sebutan dua perkataan ni?


  • Wild: wai-ld
  • Wilderness: wil-dər-nəs


Itu sahaja. Sama-sama kita belajar. Orang mat salleh yang bahasa utama dia Bahasa Inggeris pun tak gelakkan orang yang BI tu bahasa kedua mereka, kenapa kita plak nk beria gelakkan orang kita sendiri. Nanti kita bincang lebih dalam karangan yang lain. Apa-apa pun, fikir-fikirkan lah.💧