Harini, aku tiba-tiba terfikir. Ada betulnya mak & makcik2 bawang duk suruh jaga muka. Mungkin sebenarnya orang kat luar sana jijik tengok muka berparut aku ni walaupun aku seperti biasa kata tak kisah kan 😅🤣. Apakah hikmah disebalik, kita tunggu je. Tapi kita usaha dulu...
Pengenalan:
Memang dari remaja lagi aku tak suka pakai produk kecantikan keluaran tempatan (yang ada bahan2 kimia & konon2 untuk putihkan kulit). Aku beli yang dipasarkan di drug stores atau yang keluar iklan kat tv (bukan kt radio). Biar la apa kawan2 ke saudara mara duk promote produk ni bagus la, selagi aku tak kaji setiap bahan dalam tu (letak la nama kimia apa pun, aku tetap google) aku tak akan pakai. Dan sebab keputusan hidup aku biasanya daripada aku sendiri, jadi aku berjaya melawan ajakan itu semua. Masa remaja, aku pakai bunga tanjung je buat sabun muka. Murah pun benda ni. Hahaha tu je mampu. Dan besar pun paling teruk pernah cuba Safi. Tu pun awal2 je jadi, dah lama2 tak de kesan apa2 dah.
Pertemuan dengan Teami:
Kisah bermula selepas aku kehabisan stok ros kering yang aku beli dekat Vietnam. Tak tahu dah nak cari kat mana di Malaysia ni. Lepas tu pulak ada berbual dengan kakak seasrama dulu. Dia pun suka minum teh ros semasa di Korea tapi bila dah balik Malaysia, tak tahu mana nak dapat dah. Jadi, aku pun usaha la mencari di Internet. Long story short, jumpa kakak Teami ni dekat Facebook. Zaman ni, perniagaan dia hanyalah teh bunga je. Aku apa lagi, borong la teh bunga & ros kering dari kak Teami.
Macam biasa la, sebelum beli kene siasat dulu siapa penjual. Haha. Tapi alhamdulillah aku jumpa orang yang betul2 ikhlas berniaga. Bunga ros & teh bunga dia sangat berkualiti. Sehingga sekarang, dari dia jual bunga kering je sehingga dia keluarkan produk kecantikan, aku masih setia dengan kak Teami. Kualiti, kejujuran, keikhlasan, tidak putus asa, berpengetahuan dan yang penting berilmu; inilah ciri2 yang ada dalam diri kak Teami yang menyebabkan aku setia pada produknya. Dia seorang ahli kimia, jadi segala density, missibility, chemical reactions dia tahu la. Dan produk dia tak akan keluar pasaran selagi kualiti tidak menepati citarasanya. Syabas kak Teami!!!
Produk yang pernah aku beli adalah
1. Teh bunga tapi skali beli je sebab aku serabut dengan ‘sampah2’ bunga&herba 😜. Tapi sedap okay. Kene ada filter yang betul je.
2. Teh ros. Aku pernah beli 3 jenis ros yang dia jual waktu tu, Ros Merah, Purple & French. Akhirnya aku Boleh terima French Rose je. That’s my favourite. Cuma sekarang dah habis stok, bila nak beli kene ada duit la 😅😅. Tapi aku pasti beli lagi
3. Face Oil. Aku cuba 2 daripada 5 face oil yang ada. Mula2 memang beli untuk masalah jerawat la. Memang menjadi. Nama je minyak, tapi sebab dia meresap dalam kulit, memang kulit tak akan berminyak. Aku pakai malam je. Cuma 3 titik sahaja. Pagi esok muka lembut je. Lepas tu aku gatal pi beli untuk kulit matang (ingat dah berumur kan). Kurang kene la dengan kulit aku yang suka ternak jerawat ni. Tapi sebab nak kene habiskan jugak minyak tu, kita pakai macam biasa. Tapi face oil for acne memang terbaik. Jerawat yang naik dalam 3 hari dah boleh kecut. Jerawat naik jugak walaupun dah pakai face oil ni? Tak berkesan letew... bagi aku, jerawat sebab hormon setiap bulan tu tak dapat den nak kawal la. Naik jugak klu tengah waktu peak dia. Haha.
4. Sabun muka. Muka tak kering okkay lepas cuci. Walaupun ni sabun buku. Dulu aku spectical jugak dengan sabun buku sebab slalu buat kulit kering. Sebab tu aku biasa beli jenis cecair/gel. Tapi yang ni tak. Pernah beli & sedang pakai sekarang adalah rose&coffee dan oat. Oat ni baru kluar jugak. First time cuba yang dia bagi free gift, memang jatuh cinta la. Lepas tu ada promo haritu, terus borong 6 bekas. Haha.
p/s: semua produk ni kak Teami homemade ye. Sukat sendiri, bancuh sendiri.
Ini iklan tidak berbayar dan aku ikhlas bagi ulasan ni sebab suka peribadi kak Teami. Terus maju kehadapan!!!
Sabun oat (yang bentuk binatang), face oil & sabun rose&coffee |