Thursday, May 7, 2009

Gust of Wind~

hmmm....aku ingat angin kat Tulsa ni je yang paling kuat.sampaikan aku sendiri pun nak terbalik lintang-pukang =P. Rupanya tak.Ada lagi angin yang lebih kuat,sampaikan tudung yang diikat kemas pun boleh terlucut.

Masa sekolah menengah dulu,lawa jer tudung-nye.Tapi bila dah masuk Uni,dah pergi KL,tudung kat kepala entah kemana.Kuat sangatkah angin kat KL tue?Angin kat Tulsa sampai 20mph pun tak pernah plak tudung aku melayang.Bukan setakat angin kuat,tornado pun kadang2 singgah kat sini.Alhamdulillah,tak pernah terbang tudung aku (Ya Allah,aku memohon perlindungan dari-Mu.Jauhkanlah aku dari mengingkari suruhan-Mu hingga ke akhir hayatku.Amin~).

Sedih pun ada.Sedih tengok kawan2 aku berubah macam tue sekali.Kalau berubah dari tak pakai tudung kepada pakai,tu elokla.Satu lagi,kalau setakat tudung jer boleh tahanla (ni bukan bermaksud aku suka orang bukak2 tudung nie), tapi dah sampai baju pun tinggal tali halus je,nak jadi apa!!

Rasa2nya kat sekolah menengah dulu kita sama2 belajar agama.subjet paling mudah.baca dan hafal.dah la tue,dalam bahasa melayu lagi.kalau tak dapat A pun, paling kurang faham la.Eh!kita belajar agama sebenarnya dari tadika,sekolah rendah lagi.Berapa tahun tu.berbelas-belas tahun.

Aku ada satu persoalan.Apa yang kamu dapat bila buat semua ni.Lebih ramai jejaka2 datang dekat kita?
Cuba tanya diri sendiri.Mereka (lelaki2 itu) tu jenis lelaki yang macam mana?baik ke?ikhlas ker lelaki nie kawan dengan kita?ada sebab lain ke?

Banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku.Dah makin akhir zaman,makin lupa diri manusia ini.Takutnya aku.(Ya Allah lindungilah aku)

Ya.Aku sendiri pun tak sempurna lagi.Aku berdoa,agar aku akan jadi seorang muslimah yang solehah.Bantulah aku Ya Allah.Semoga coretan dan luahan hati ini dapat membantu saudara2 ku di luar sana dan pada masa yang sama,dapat membimbing aku ke jalan yang benar dan lurus.Amin~



picture above:was taken by me at Oklahoma City,USA during Easter break.Very nice weather and the wind,quite strong