Showing posts with label Tulsa. Show all posts
Showing posts with label Tulsa. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Majlis Perkahwinan di Amerika


salam,khaifa haluk?

jgn ingat kat Malaysia je dpt pergi majlis perkahwinan,hihihi.kat sini pun,alhamdulillah...sy dijemput.bukan wedding american,tp wedding pakistani.

ini adalah majlis perkahwinan pakistan yg pertama sy pergi dan majlis perkahwinan yg kedua sepanjang sy di US =D.excited gak nk tahu mcm mana diorg sambut.hehehe.sy kenal pengantin perempuan kat University of Tulsa.Dia grad dr TU gak dan dia best friend kwn sy dr Tulsa,Meredith.sebenarnya dia bg kad kat meredith jer,tp sbb dlm kad tu ckp dia boleh bawak sorg lg ahli tuk setiap org yg dijemput,meaning:meredith + ismail + 2 org lagi.so meredith ajak la sy.hihihi.serunuuuk.

On Friday,smalam;ada mehndi party (majlis berinai) dan hari ni reception dia.Majlis reception tu kat hotel kat downtown Tulsa.lupa lak nama hotel tu.w/pun majlis tu start agak la lambat,tp semuanya bertukar jd happy lepas bride n groom masuk dewan.kedua2 pengantin sgt cantik.

dan makana yg dihidangkn ialah makanan india dari Indian Palace Restaurant. manggo lassi dia seeedap.rase nk minum byk2 je,tp kene cover2 skit.hihihi.dan esok plak, majlis sebelah pihak lelaki.macam cara kita la kan?ada majlis sebelah perempuan dan sebelah lelaki.

dan ni ada skit gmbr dr majlis tu.n sbb nk hormat pengantin perempuan yg tak suka gambar dia dipublish kat internet,so sy tak akn letak gambar2 dia.

malam Mehndi-pakai baju desi

dengan Meredith-malam reception


suami isteri-terima kasih sbb bawak sy

Thursday, January 28, 2010

Let is Snow! Let it Snow! Let it Storm!


when mother nature come, we can't do anything to stop it,we just follow its flow.like this... wuush!~wuush!~ hehehe

setiap tempat dlm dunia ni mesti ada keistimewaan dan kekuranganya. kali ni kita akn bercerita pasal bende pelik kat Tulsa ni.

Tulsa,....ok la pada pendapat sy.cukup la untuk hidup as a student.ada malls,cinemas,restaurants,tempat main bowling,miniature golf (baru dpt tau kat Tulsa pun ada,hihihi),etc2.cukup la tu.

tp ada satu yg pelik kat Tulsa ni,weather dia.hmmm,mmg pelik.time tmpt lain tgh snow,sejuk2,winter2,tmpt kitaorg bleh pergi kelas pakai T-shirt,sandal,slipper or even short.hahaha.

kadang2,dlm satu hari,ada 2,3 cuaca.pagi sejuk sgt2....menggigil,keluar asap kat mulut,tgh hari plak,panas ting-ting.petang hujan.jadi,sbb itu lah channel favorite kami ialah weather channel.hihihi.bosan pun bosan la.daripada pergi kelas dgn pakaian yg salah.hakhakhak.

dan hari ni,weather channel ada forecast yg esok akan ada winter storm...lebih terperinci lagi,ice storm.tiba2.huhuhu.klu tgk kat luar,tak de awan gelap,suhu kat luar pun biasa2 jer (i mean bleh pakai sweater nipis je la),hmmm....x tau la betul ke tak forecast dia ni.tp dlm hati dah rasa takut dah.mgkn nanti x de bekalan elektrik...meaning,tak leh masak,kesejukan dlm rumah.huhuhu.klu kt malaysia lain,sejuknya berbeza.klu sejuk kat sini,boleh jadi lagi sejuk dari freezer.

tp sekarang dah pukul 11.30 pm kat sini.tak ada apa2 tanda bencana tak elok akan berlaku.harap2 tak teruk sangat.tp ye la....as a student,ada la yg mintak2 esok kene teruk,lepas tu sume kelas cancel....dpt la holiday 4 hari straight...hihihi

apa2 pun,kite tunggu esok.harap tak la teruk sangat.tp klu nk turun snow tu,turun la.hihihi.dh lama tak main snow.ari tu pun x sempat nk main.huhuhu.

sambungan:
esoknya,kene pergi kelas jugak.kelas kul 8.00 pagi.
dan hari ni ada berita dari weather channel,kul 11.00 pagi, ice storm akan melanda Tulsa.get ready everyone.Kelas,office tutup start kul 2.00 pm.

hujan turun tak lebat,tapi desebabkan suhu dibawah kosong, air hujan yg turun akan jadi ice.jalan2 jadi licin,dan ada ice kat pokok2.hujan berterusan sampai ke malam.

then,dpt email dari TU,sekolah tutup jugak esok (jumaat) yea~~~
apa jadi esoknya (Jumaat).....snow turun dengan lebatnya.sangat cantik,,,,hihihi.snow yg putih,fresh lagi.

sbb tak de kelas hari ni (Jumaat),ak lepak2 je kat rumah.dalam kul 7.30 pm...pergi ke gym.jalan kaki...sbb bahaya klu naik kereta.WAAAAH!! snow sgt tebal.atas pada paras buku lali.huh!berpeluh2 jugak nak jalan ke gym ni.kira dh work out dh ni.hehehe.

esoknya plak (Sabtu)....tak tahu lagi apa nk jadi.apa2 pun,ak bersyukur, ice storm kali ni tak seteruk last2 year.

Friday, November 27, 2009

Some pictures n video from AAR concert

Cain's Ballroom

All American Rejects

Swing swing

Thursday, November 26, 2009

All American Rejects


woooooooohoooooo......

All American Rejects!!! I love U!!!!!
hahahaha
best sgt2.die buat concert kat Cain's Ballroom,downtown Tulsa.
They are from Stillwater,Tulsa.So,mungkin lepas concert ni terus ke rumah sambut Thanksgiving.
bijak2x...hihihi
aper2 pun,aku sangat ENJOY!!!

Thursday, October 1, 2009

Ketenangan Malam



Malam ni aku rase tenang skit,daripada homework yg selalunya menghentam kepalaku dan exams or quizes....

Perjalanan malam aku bermula;

kami ke Starbucks kat Collins Fitness Center
coffee Latte ngan caramel n whip cream
cukup tuk memanaskn badan time sejuk2 ni
***************************************************************************
dekat2 kul 10,ak berjalan sorang2 ke Mc Farlin Library
kerna homework Reservoir yg blum siap
ak suka library
bau buku,hehehe
cari2 buku
akhirnya jumpa gak buku 'Worldwide Practical Petroleum Reservoir Engineering Methods'
malam ni tak ramai org
tenang jer (w/pun ada perasaan takut gak)
siapa kata Tulsa tak best?

*dari library ke KEP**tu~apartment-ku*

*naik tangga**bukak pintu~da sampai umah.yea!*
*****************************************************************************
{nk buat hw reservoir ni esok la~},monolog dalaman =P
tiba2,rase nk buat skrg la plak
haish!comp ak tak de Excel la~
ni maknanye kene gi KEP
KEP = my second house n actually an engineering building kt TU
nk kul 12 dah ni
sib baik KEP tu tak sampai 2 minit dr apartment ak
pergi je la....hihihi
*****************************************************************************
ak pun buat la hw reservoir tu
lalalala~~
1.30 baru siap
rumet ak pun ada skali
buat sama2 cepat siap la skit n bleh check klu ada silap kt mane2
******************************************************************************

bfr sampai apt Brown Village
kami klik sana,klik sini
sbb x de org
n mlm ni sgt best
angin mmg kuat skit,sejuk2 panas gitu

*
*check surat dulu-favourite kami...hihihi (x kira siang,mlm)*
*******************************************************************************
aah~ak tak leh tido
ni la akibatnye
sapa suh minum coffee klu tak nk study sgt
akhir kata,ak kene paksa tido
sok nk poso 6,ada kelas smpai kul 7 lak tu
semoga ak sentiasa mendapat ketenangan seperti ini
ak suke`
ameen~
*******************************************************************************
tido zzzzzzzzzzzzzz~



pic:view dari library ke arah 5th Place

Tuesday, September 1, 2009

I wish to have a freedom like a bird in the sky


MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
dah 52 tahun Malaysia kita bebas dari penjajahan.aku tak tau la naper taun nie ak rasa nak sangat2 sambut merdeka kat sini.
mungkin ak dah rindu kat malaysia.time summer lepas ialah summer paling best aku rasa....hehehe
for the merdeka party kat apartment aku malam 30 Ogos, kitaorang buat kecik2 je
junior kitaorang pun join skali,first time sambut merdeka kat US.
sorry la yer kawan2,majlis malam tu sangat2 simple.klu bleh aku nak buat tgk movie pasal merdeka ramai2,nyanyi lagu2 patriotik,dll,tapi dah esok semua org ada kelas,hmmm....tak bleh buat semua tue.
tapi, nasib baik sempat nyanyi lagu negaraku. =)

setiap kali ada perjumpaan cam ni,tak SAH klu tak de makanan.kali nie menu malam kemerdekaan kami ialah

biryani dan chicken masala dari Desi Wok
cookie cake - wif malaysia flag dari mrs field
air teh + air gas (sponsor by shazni n bijan)
buah-buahan (Umi yg bawak-thank you Umi)

semuanya Sedap!!

thanks everyone!!

opppsss..... lupa.Selamat hari jadi buat anak merdeka,Bijan....
bruntung besday jatuh ari merdeka...

pic:Merdeka celebration at my apartment in Brown Village.

Saturday, August 29, 2009

akhirnya bertemu :)

bertemu ngan saper nih? hehehe
akhirnya selepas seminggu duk kat Tulsa, ak berjaya berjumpa ngan semua dak2 Tulsa yg baru.
Ada Hilmi, Hazim, Saufee, Mukhriz, Ismail dan Nelson. Diaorang ok gak rr...Ada la yang suke tolong2 kat dapur tue. tak de la penat sangat nk buat makan2 nie.

Menu hari ini:

Nasi Ayam = 2 jenis beras. 1 beras jasmin (Aku n Syiro sponsor) n 1 beras basmathi (Feras sponsor)
= the result: beras jasmin lg sesuai buat nasi ayam...hihihi (1 point tuk beras jasmin)
Ayam = 2 jenis gak. 1 bakar dan 1 lagi goreng. ak tak makan yg goreng tapi drp comment org,2-2 sedap. (1 sama)
Salad n ice cream = lettuce, cucumber n tomato (Alex n Ying Li sponsor)
Air = Jus epal n Jus oren (Jo sponsor)
Pizza = dari AIS nyer welcoming party (atas susah payah Fajar bawak ke sini)
Baulu mini = syiro nyer. Alex n Ying Li sangat suka (bangga jadi anak Malaysia)

Alhamdulillah....semua org suka,termasukla org arad,cina dan american. weee~ kite berjaya.
tapi,cm ner la ak leh lupe nk amik gambar kenang-kenangan....huhuhu {naper la sejak-2-menjak nie ak asyik lupa nk amik gambar kenang-kenangan}

n last but not least,solly sangat2 Feras.smalam dah gile2 tak tahan ngantuk.kene masuk tido dulu...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

p/s: thanks for coming everyone.

Monday, August 24, 2009

TerUja


23 Ogos 2009 - flight Dallas-Tulsa 6.30am

sungguh besar ciptaan-Nya
selepas terkandas kat Dallas, alhamdulillah aku dah atas kapal terbang nak balik ke Tulsa (dalam hati kecik,tak de la happy sgt nk balik Tulsa,coz my heart still in Malaysia)
hah~duk tepi tingkap memang favourite ku,bleh tgk pemandangan.
pagi nie sangat indah,ngan awan memutih n langit membiru
tapi,yg buat aku terUja :
~ awan yang menggunung.tak terfikir dek akal-Maha Suci Allah yang tlah mencipta segala bende di muka bumi ini....awan2 tue sungguh besar,macam gunung2
~sebab suka baca buku Doraemon,hihihi,cerita "Negara Awan", aku terfikir,klu awan2 tue bleh dipijak,bleh jalan2 atas tu.cam maner la yer rasanya.bestnye~
~kadang2 nampak cam gula kapas (cotton candy),rase cam nak makan jer.yum2x
~datang gak terfikir,cam ner awan2 nie bleh terapung2 di udara.aku bayangkan macam awan2 tu duk dalam jeli (bayangkan agar2....hehehe) - seperti atmosfera kat sekeliling awan2 tue jeli2 jernih dan awan2 tue terperangkap dalam jeli tu.

akhirnya,jam 7.30 pagi,aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tulsa,Oklahoma,USA

Alhamdulillah~ aku slamat sampai dan dapat menikmati zat2 Allah ~subahanallah

p/s: kalau kita duk rehat2 kat luar tue,amik la peluang tengok2 kat langit sana.semoga iman kita akan lebih bertambah dengan melihat zat2 Allah yang maha besar,tak terfikir dek akal manusia.ameen~

pic:ak cropped drp gambar kawan aku,ketika di Grand Canyon,USA summer 2009

Saturday, April 18, 2009

troubles turn to flowers


aduh!bose weh~

"troubles turn to flowers"...nice.hihihi prase.tapi aku dapat idea nie lepah tengok rancangan tv pasal pertandingan menghias kek.Tapi, dalam pertandingan tue, api naga yang bertukar jadi bunga.

Aku rase "troubles turn to flowers" memang sesuai tuk aku gambarkan apa yang telah berlaku kat aku minggu nie.

Ya Allah!banyak sungguh cubaan dan dugaan hok aku terima minggu nie.pada satu tahap,aku rasa sangat2 down...huhuhu.Ya Allah,kuatkan hatiku,imanku...aku berdoa setiap masa.takut Allah pesongkan iman aku dari jalan yang benar.nauzubillah....

dale minggu nie,petition aku mitok nok amik kelas 19 je ditolak.se-je jah nok tamboh tue...sakit jiwo aku.tapi tak po lah.mungkin ado hikmah...aku bermonolog dalaman setiap maso.sedihnyo hati aku time tue,aku doh plan abih2 doh. ajat di hati nok amik sapa 2 foreign languages.doh tok leh,nok buat ghano,hidop mesti diteruskan.

lepah tu,dush!so lagi!Ya Allah.ghano la aku buleh buat silap time isi licence apartment.tersilap pilih nok meal plan.Aku nok cancel,tapi terpaksa tarik balik.nok ko bayar $600 untuk cancel meal plan tue.tok sanggup aku.banyok tue.doh la tok leh cancel,keno plak amik meal plan tue for one year!!lamo tue....huhuhu.takpo2.aku tenangkan diri aku sendiri.ado hikmah jugop tue....

bedebuk!bedebak *jiwo raga aku jatuh*adus!

tapi,Alhamdulillah.First:walaupun aku tak leh extra hour tue, tapi aku berjaya register kelas drilling engineering tue.denge 15 credit hours for next Fall sem,aku berazam nge diri aku, aku akan buat yang terbaik.InsyaAllah,my target is 3.6 and above.higher than this sem.Kedua:lepah tue, aku mitok nok join Association of International Student AJK....and he put in the list! YAY!

And for the next sem, I want to change myself to the better one.InsyaAllah.Ya Allah,bantu lah aku.

MasyaAllah.aku tok sangka.Sabar memang jalan terbaik.kalu kire,aku betul2 down minggu nie.dengan petition kene reject,saloh isi licence la,keno joget la....tapi berkat sabar,Allah tulong jugop aku lepah tue.Alhamdulillah.

and finally "i Think" again, mungkin nie la caro,hidup setiap manusia tue berbeza2.aku tok mungkin amik course samo2 nge sain aku sapa grade.meme la tue hajat aku.bilo bleh blaja samo2,sronok la skit. mungkin, Allah nok bantu aku,sebab aku ado doa nok beruboh!aku tok se duk celoh tiok ore jah.aku nok blaja buat bendo sdri.

Aku akan sentiasa berdoa,agar Allah tetapkan iman aku dijalan yang benar,tabahkan hati aku untuk menempuh segala cabaranNya.Mungkin hanya dengan cara nie saja aku akan berubah menjadi orang yang berjaya,beriman dan yang lebih penting,....aku nak jadi seperti mana yang aku nak jadi!(everything in my thought!)

pic: bunga tu aku amik time bowring2 lepah gi ata CD kt library.Ari tu sangat cantik walaupun sdkit panas berbanding ngan malaysia......ak sbnarnyo doh lamo niat nk amik gambar2 bunga kat depe librabry tu,dan akhirnya peluang tu datang gak....weeee~~

Tuesday, April 14, 2009

Moderate?


Agama kita suruh kita bersederhana dalam segala sesuatu.Tapi.....Aper maksud moderation bagi setiap orang. Adakah kesederhanaan tu ade range die sendiri, contohnya: dah ada rumah sebuah,kereta sebuah, isteri sorang dan anak 3 orang,Ok! dah cukup!kalau lebih atau kurang dari tue kire dah tak moderate...

Tapi,boleh ker kita control sumer bende yang datang dekat kiter....rezeki mana boleh ditolak...tak gitu?

Bagi aku,what "i Think", moderation tu bergantung pada seseorang. orang kaya, orang sederhana, orang miskin....pada satu tahap,mereka sumer akan berada dalam tahap kesederhanaan tue.

macam maner tue?orang kaya yang duit beribu2 kat bank (money in the bank,bak kata kawan arab aku...hihihi) dan orang miskin yang baju raya pun tak der boleh berada pada tahap kesederhanaan tu.

Ok!sumer nie bergantung pada hati kite.
1. Contoh la: dari pengalaman sediri; time nak amik makanan kat maner2-la, time tue rase lapar sangat. dalam pinggan dah ada satu senduk nasi,1 sudu lauk tiap satu (kira dah penuh pinggan la nie),dan tiba2 "hati kata tak cukup nie,kene tambah skit lagi"-wokeh! STOP kat sini jap~haa...time nie la kiter dah mula nak amik lebih dari yang sepatutnya. (haa~~entah aper2 la contoh nie)-tapi memang betul,lepas tue aku selalunya tak abis makan!!
2. Dalam agama kita jugak ader cakap, kalau terlalu kaya or terlalu miskin,kita akan lupa pada Pencipta kita,tak bersyukur....sebab tue la kita kene berada dalam tahap keserhanaan nie.
3. sebab tue aku fikir, "i Think",setiap orang ader level kesederhanaan die.mungkin bagi orang kaya, ada sebuah rumah banglo, 2 buah kerete import, tue dah moderate bagi die.kalau terkurang,mungkin die raser tak senang duduk...marah2 Tuhan,dah start lupa Pencipta die.
Bagi orang miskin lak, mungkin dapat makan nasi sekali sehari tu dah cukup moderate bagi mereka. contoh la tiba2 mereka dapat makan nasi 3 kali sehari plak, mungkin mereka akan lupa untuk bersyukur.duk asyik rase nak makan jer setiap hari,malas nak buat benda lain...

itu la skit2 pendapat aku pasal moderation nie. sebenarnya kita dapat raser....kalau dah mula nak riak, terlupa nak bersyukur, tue tanda kita dah terlebih dari yang sepatutnya.

Aper nak buat kalau nak selalu berada di tahap nie."selalu ingat ada orang yang lebih susah dari kita-insyaAllah kita akan tersedar dari pujuk rayu Syaitan!" dan jangan lupa untuk bersedekah-sebagai ingatan untuk diriku dan sahabat2 lain di luar sana-insyaAllah,kita dapat membantu orang lain untuk berada pada tahap yang sama dengan kita-tahap kesederhanaan.

jangan risau kalau selalu terlupa nak buat nie-sebab itu sifat manusia.tapi jangan la pula salah kan "sifat" kita ini. dah teringat,tersedar yang kita dah terlebih tue, beristighfar la banyak2 lepas tue.moga2 Allah mengampunkan kita.Amin~

gambar:mee goreng mamat (sebab tak de mee kuning,kami tukar ngan spaghetti,huhuhu) dan teh tarik (tarik2,tapi tak berbuih2)